Monday, December 17, 2012

Kesedihan Kedengkian Kesentapan ;-(



Waah penatnya, baru pas angkat batu..heheee, tak lah gurau aje ;-)
Baru balik keje ler, n then singgah supermarket beli barang dapur. Sayur sayur aje. Kata surirumah tak bertangga makanya barang dapur adalah perlu ada dalam list okay!

Nak citer ni (bajet macam ada orang nak bacakan...ahh gasak kan) blog aku kan tempat mengadu,,huhuu
Last entry arituh kan aku ada cakap nak gi jenjalan kuantan kan. Haa...ni nak citer ni
Memang plan nya jadi, tapi kan.....jengjenggg...(tak leh citer sbab...........baca blog aku kahkahh)

Kitowang just gi ecm ajer...pergi pun dah lewat, maner sempat nak singgah tempat lain kan....sentapp!!
Yang kelakarnya, mula2 masuk ecm je ada owg cakap yang dia tak nak beli apa2 pon sbab mak dia dah membebel sebab baju dah berlambak, banyak lagi yang tak pakai.
Tapi kan, bila langkah keluar dari Padini aku tengok baju dia je dah 2 lai. Ouuuhhhhhh!!!Stressss ahkakk!!
Yang lagi buat aku sentap sesentap sentap nya apakan, baju aku langsung tarakkkk!!! Selai pon yilekkk faham???? Errrrkkkkkk....tertukar jantina ke ape nihh?

Sedih betol..Tapi salah aku jugak. Taste lain daripada orang. Bila dah tak berkenan cakap lah apa saja tidak akan aku beli. Tapi bila dah berkenan, harga pulak mahal. After less pun still rm100++. Gila ke nak aku beli baju mahal cenggitu, nak kata lawa tak lah cantik mane pon. Siap si pumpkin cakap baju macam orang tua. Bolehh?? Konon nak sedap kan hati, balas balik cakap nih baju vintage lah. Kamu ape tau..kukukuiii
Even aku dah kerja nih, memang belum ade lagi la baju aku harga lebih dari seratus. Seratus untuk empat lai ada lah..hehhehehee


Tapi bila dah nama nya pompuan, kalau pergi shopping tapi balik tak bawak apa2 untuk diri sendiri memang gila gila punya sedih plus sentap tahap gila barbieee..Biar lah setakat sepit rambut pon tapi boleh buat kita rasa best and tak sabar nak try bila balik, kan?? betol tak ladiess?

Banyak je berkenan tapi tu lah, bila pikir nak beli tuh rasa macam tak berbaloi je. Pattern tak lah seberapa tapi harga, mak aiiiiii...jual kat pasar malam rm10 pon belom tentu ada orang nak beli. Serius!!
Apa yang aku beli just t-shirt je, untuk anak buah aku. Tapi aku cadang nak pergi balik, time dah dapat gaji nanti. Present untuk anak buah aku banyak lagi tak beli nih. Tarikh bezday dekat2, makanya banyak lah duit kena melabur untuk dorang. 4 budak okehh. Nak beli apa ekh?? Susah betul beli hadiah untuk budak2 nih. Balik balik baju, pensel box, sandal, bla bla bla..huhuuu...Any idea??


Balik kepada citer asal. Lepas keluar Padini, masuk Nose. Konon dalam hati tak dapat baju, sandal sepasang pon jadiklahh daripada takde. Cuba yang tu, my pumpkin cakap tak cantik. Cuba yang nu, dia cakap macam tak pakai apa2 (kaki ayam) Pfffftttttt... apa nih??semua tak berkenan. Nak beli yang heel, baru nak pegang konon nak try, dia dah cakap heel2 tak nak eh. Malu nak jalan ngan pompuan lagi tinggi dari dia katanya. Pulakkkkk...ermmmm dari aku terus menyentap, baik kuor cepat2. huhuuu....nasib lah labu


Belum abis sentap lagi nih. Pumpkin cakap apa kata kita gi makan dulu, mana taw lepas makan taste boleh bertukar. Emmmpphhhh...Padahal dah lapar, ayat sikit punya cantik cover line kannnnssss...

Bila sampai foodcourt, duk lah tawaf satu floor tuh sebab tak tahu nak makan apa. Pikir punya pikir, aku just order nasik goreng tomyam. Dia makan nasi ayam, siap double lagi ayam dia okehh. Kata nak diet, tapi ayam amik dua. Apa pon tak boleh lahhh...

Bila dah bayor, gi lah memasing amik makanan. Bila aku tengok je pinggan isi nasi goreng aku, terus rasa macam kembang tekak sebab tengok gaya macam nasik kucing. Pffftttttttttttt. Betul2 spoil lah ari tuh. Semua benda tak kena. Yelah, dah lah aku tak makan sayur, boleh plak sayur ntah apa2 dia boleh duk gaul satu nasik tuh. Mau tekak aku tak kembang. Makan tetap makan sebab satu hari tak jamah makanan. Tapi habis tetap tak habis. huhuhuuuu....Sabar jelah dapat awek macam aku kan, cerewet habissss!!
Apa yang penting memang satu hasil pon takde untuk aku harituh okay.. #balik nangis tepi katil

Balik tuh sampai dalam kol 730 gak ah, sebab singgah basuh kereta. Lega bila tengok kete kembali shining. Luar je lah, tengok dalam hampehh...*aptb


     T-shirt untuk Una. Cantik ke idokk?? Ada lagi 2 lai untuk anak buah Pumpkin, tapi tak sempat nak snap.




Gambar tak de kene mengena dengan hari kejadian. Gambar lama. Maaf kan lah pipi ku yang terlebih mauripan ituuu.....










Okey dah, nak mandi. Solat jomm!!! Assalamualaikumm....




Saturday, December 15, 2012

Hujung minggu yang blurr



Hello peeppss!! How's ur life today? Ada baek ka...?
Aku nye hujung minggu ssiggghhhhh very bored. Tak tahu nak buat apa.
Bila ngah keje rasa tak sabar plak nak hujung minggu, tapi bila da sampai masa tak tahu pulak nak buat apa. Macam ni lah manusia kan, tak reti nak bersyukur. Ada je yang tak kena, tak cukup. pffftttttt...!!!


Rasa da lama tak gi window shopping. Bershopping lagi lah kan.
Online shopping pun da lama aku puasa. Baru puasa 2 bulan da kata lama...kekeke
Dah pasang niat nak kumpul duit, nak berjimat katanya. Alhamdulillah...aku dapat kawal nafsu and misi aku berjaya. Yeaaahhhhh!! Syukur. Harap2 misi ini akan dapat di istiqomahkan. heheee


Esok ada orang ajak gi kuantan. Ada sale katanyee. Hurrmmm baru nak berjaya. Aku nih pantang orang ajak gi jalan, memang nak ajee. And bila dah tengok2, ushar2 mesti akan bawak balik something.
Pfffttttt. Acaner tuh? Bila nak kaye macam ni. Ouhh syaitan, tolong jangan ganggu aku esok. Pleaseee..
Pakai purdah lah esok, mesti syaitan tak cam aku. Okay tak kelakar.


Tapi ada bagusnye jugak, dah lama kot aku tak tengok dunia luar. Bukan kata dunia luar, gi bandar kat area rumah nih pon aku dah lama tak jejak. Member keje aku cakap skang ngah ada ekspo kat padang, dah seminggu gak kot. Rasa macam nak pergi tapi tau je lah aku kan, nak kena ada kawan baru nak pergi.
Ye lah, gila ke jalan sorang2. Mane ade feel. Biasa ah pompuan, kalau shopping mesti akan tanya member dulu cantik ke tak sebelum beli. Kalau cantik beli, kalau tak cantik letak balik. Physco!!


Macam tak de motif je update kan. Citer bukannya best pon. Ehhh lantak ah, blog aku kot. Ikut suke aku ah nak update ape. Laallalaaaalalaaa.
Ghini lah rupanya orang yang takde 'kawan'. Boooooo. Bercerita pon cerita kat blog je. Tak de orang nak dengar. Kesian dey luuu..
Even luah kat blog je, tapi ia dapat buat hati lega. Tak kesah lah, janji aku tak kacau hidup orang and aku tak menyusahkan orang. Ameennn....




Ini lah teman saya esok. Hensem tak? Dia tengah mengandung skunk, alhamdulillah dah masuk 5 bulan. See de perut. Sooooo cute!! Jahat haku..











Wednesday, December 12, 2012

1000 hikmah tersembunyi


Macam saje je kan update blog time tarikh nih..12.12.12
Eh2...tak sengaja okeh,,kebetulann je belake

Macam macam jadi dalam kehidupan aku lately nih. Ade yang best ade yang sedih.
Tapi yang penting aku masih bernafas hingga ke hari ni. Alhamdulillah.
Suka ataupun tak, i must to hadap jugak kan. Lari lah ke mana pon, instanbul ke paris ke, life must to go on.


Dengan hal kat rumah nya, ingat kan pergi kerja dapat la lari dari masalah (tak de lah masalah sangat pon) tapi kat tempat kerja pon ada hal tersendriri jugak rupanya. Tu lah, rasa macam dah tak dapat nak hadap dah masalah kat ofis nih. Konon la nak lari lah kan, macam2 dah kerja lain aku apply. Tapi satu pon tak dapat jawapan lagi. Tapi aku percaya, kalau rezeki tu dah tertulis untuk aku, ia tetap untuk aku kan. Apa yang penting aku kena sabar. Yes, i must to wait!!! Ya i'll do. 


Kadang-kadang cara nak release tension nih kita kena luah kan kat someone baru rasa lega. Tapi aku tak taw nak citer kat sapa. Bukan nya takde kawan, tapi aku rasa dorang ade hidup dorang sendiri kan. Belum tentu nak dengar citer aku yang rasa nya 5 hari pon tak cukup, gosip je lebih..hhuuhuuu ;-((
Apa yang aku buat untuk buat aku rasa lebih cool and tak pikir sangat sal masalah negara aku nih, aku tengok citer yang berulang2 samaaaa jerr..Tapi sekejap je lah, lepas abis citer aku akan kembali balik ke asal. Hurrrmmmmm...At last, aku citer kat dinding ajer. Yes, she is my bestfriend kat umah nih. Sedih kan. Oooohhhh...Yang penting dia setia mendengar tanpa berpaling walaupon sedetik. Siiggghhhhhh!!!! ;-((



See..Dah kedut2 kan, soooo makcikkk!!










i need someone to talk. please, shoulder too...

i can't be like this anymore. i need to do something....i want my old life back!!

swimming, laugh, love, FRIENDS....................................................................................MAK ;,,,,, (((






Wednesday, October 3, 2012

Cakap tak super bikin..!!



Pernah tak hadapi dengan situasi di atas?? i mean berhadapan dengan orang yang ada sikap seperti cakap yang nak up diri sendiri tapi hakikatnya tak betol pon. Ishhh bengang btol aku kalau ade orang macam ni. And yess, sekarang aku ade kawan yang berperangai macam tu. Ntah lah..aku pon tak tahu kenapa aku boleh terjebak dalam hidup dia. Oouuuhhh gossshhhhh!!! Whyyyyy me?????

Dah banyak kali dah aku terkena. Memang aku rasa nak lempang pon ade, tapi bila pikir balik yang dia tu anak orang so kena batalkan saje niat itu yooo...Aku nak menyesal pon dah tak boleh, ye lah perkara dah berlaku kan. Aku pon dah jadi 'kawan' dia dah, nak tak nak aku kena lah terima perangai dia yang satu ni. Issshhh menyampahnya...Aku bukan apa, aku meluat la dengan setiap apa yang dia cakap. Kalau tak berbangga dan sangat angkuh tuh memang bukan dia laa.

Setiap kali cakap sesuatu perkara tu mesti dia nak cakap yang dia laa yang bagus, orang lain tak bagus. Pastu nak up diri sendiri, ouuhhh lu bikin aku meluat la dengan kata-kata annoying kau tu. Sudah-sudah la nak buruk kan orang, kau tu aku tengok bukan nye bagus pon. Kalau apa yang kau cakap tu setara dengan apa yang kau buat aku boleh terima, tapiii kalau setakat cakap je lebih, cakap macam baguusss je tapi hakikatnya ko tu tak tau ape ape pon. Bukannya aku baru kenal kau semalam kau nak cakap macam tu, ehhh kau nih buat malu je laa...Kadang2 tu aku rasa macam nak lari je bila dia start cakap dengan sangat angkuh dan meninggi diri macam dia aje yang betul, ye lah aku malu dengan sikap dia macam tu. Eh aku plak yang malu??patut nya dia yang kena malu. Kadang2 aku mari terpikir kenapa la kau nih ramai sangat kawan sedangkan kau tuh macam tu. Boleh pulak ekh kawan2 ko tahan dengan ko nih. Hahahaaa..gelak syaitonn!!

Lagi satu yang buat aku lebih bengang, sebelum buat tuh dah cakap dah nak buat itu nak buat ini. Perrgghhh cakap macam kau perfect sangat, nak tunjuk yang kau nih giler penyayang, caring, romantik, sweet lah gituu. Tapi bila tiba masa kau tak buat pon benda tu. Just sekadar cakap sebab nak sedap kan hati lah agaknya. Aku bengang sebab once kau dah cakap, kira kau dah berjanji lah kan. So bila kau dah berjanji, kau buat orang tu tertunggu2. Secara automatiknya kau dah bagi harapan kat dia yang kau akan buat benda tu, tapi bila kau lupa janji kau tu, mesti lah orang tu kecewa. Agaknya kau suka ea buat macam tu kat orang. Apa jenis makhluk pon tak taw la.. ( Ishhh marah sangat nihh..)

Kalau korang still tak paham apa yang aku maksudkan, meh aku bagi example situasi nak bagi korang lebih paham sket. Eh macam kuar exam plak ekh,,ahh lantak. Aku kalau org tak pham apa yang aku cakap, jadi penyampaian tu tak sampai, rasa macam tak puas gitu nak citer..ecewaahh..haha
Ni contoh aje taw, bukan hal sebenar pon. Jangan nak buat andaian yang bukan2. Huhuuu

Situasi 1 :

A : Nanti kan i nak beli kek sekeret resepi pastu i nak celebrate kat tepi pantai. Tiup lilin, ouuhhh mesti bessssttt
B : Waahh..romantik betul u nih, nih i syg nih..mumuahhhxxx

Di hari yang sebenar : 

A : I dpt beli ni aje u, kek sekeret dah habis. Alah x pe, esok2 pon buleh beli, buleh seleberet hari2 ape. Hari nih kita makan yang nih dulu.
B : Okey, mane2 aje. 

Esok nye :

B : Mane dia nih, kate nak beli kek sekeret..2 jam dah tggu, x pe lah. Ade keje lah tu agaknya.

Lusa, tulat, tubing........pon masih tak nampak batang hidung kek sekeret......huhuuu


See...boleh paham dah??sakit hati tak kalau terkena kat batang hidung sendiri. Tapi ni kan contoh, ntah pape je ko!! hahahahaaa....










p/s : kalau rasa tak boleh tunaikan, better jangan berjanji. Janji kan mesti dicapati...eh, ditepati. Dosa taw bagi harapan palsu kat orang. Kena kat batang hidung sendiri nanti taw laa apa itu erti penyesalan. What you give, you get back!! Hukum karma..Ape pon tak boleh..huhuuu ;-)



Thursday, August 30, 2012

Peristiwa yang akan di ingat sampai ke mati ;(


Waktu kejadian : 210pm
Tempat kejadian : Lepas trafic light taman permai jaya depan 7e
Tarikh dan hari kejadian : 30/8/2012, Khamis

Tak tahu nak start citer dari mana. Hati berdebar tu sampai sekarang masih belum reda kot. Time kejadian tu Tuhan je la tahu hati aku nih macamane, rase nye kalau ade lubang agaknya hati aku nih boleh terkeluar kot sebab kencang sangat berdebar.

Mulanya macam nih, biasa2 aku memang akan balik rumah tengahari sebab nak balik masak untuk ayah adik beradik aku suma. Nak dijadikan cerita, tadi aku pergi keje lambat dalam pukul 2 baru nak gerak dari rumah sebab mak sedara aku datang. Oleh sebab aku kena hantar borang pertukaran alamat office ke MOF, aku lalu jalan depan. Biasanya aku gi kerja lalu jalan belakang sebab lagi dekat, tapi nak ke MOF aku lalu jalan depan sebab lebih dekat. 

Bila sampai trafik light depan taman permai jaya (sebab lampu merah jadi kena berhenti), aku ade terperasan ade 2 orang lelaki duduk sebelah aku naik moto. Sorang kurus yang lagi sorang gemuk, pembonceng adalah yang gemuk. Kereta tak berapa banyak sangat, dalam 3 buah je kot. Bila dah lampu hijau aku jalan lah, macam biasa aku akan bawak dalam 100km/j sebab dah lambat dan biasa2 memang aku bawak laju pon. Huhuuuu...

Tetiba hati aku terdetik nak tengok side mirror. Aku pelik sebab moto tadi tetiba dekat ngan moto aku. Tanpa ade syak wasangka, dalam 2 saat lepas tuh aku rasa tangan aku di sentuh seseorang. Bila aku toleh ke kanan, aku terkejut giler sebab laki 2 ekor tadi duk himpit aku dengan tangan si laki gemuk duk seluk nak ambik beg aku yang ada dalam raga. MasyaAllah...masa tuh aku dah blurr. Bila aku nampak tangan budak tuh, tangan kiri aku otometik pegang beg aku sebab tak nak bagi budak tuh ambik. Nasib baik tangkai beg aku dah siap2 selit bawah beg masa nak pergi tadi. Kalau tak mesti budak tuh dah berjaya ambik beg aku. 

Ya Allah...lega sangat tak de pape berlaku. Aku bersyukur sebab aku tak cedera, di buat nya budak tuh tendang moto aku ke ape kan tak nye aku jatuh tergolek kat situ. Bersyukur sangat2...alhamdulillah. Bila dah terjadi macam tu, aku tetiba teringat cerita kat paper tadi tentang budak pompuan kena tetak tangan angkara peragut nak ragut beg. Memang kejam dah orang sekarang, nak duit punya pasal sampai sanggup nak bunuh orang bagai. Aku syak yang nak ragut aku tadi mesti budak tu mat gian or memang budak yang memang bodoh nak mampos. Tak kira benda tu halal haram asal ko dapat sudah. Ni kalau aku citer kat abg2 ngan ayah aku memang dorang hangin je nih. Mau nye dorang tak kasik dah aku naik moto g kije. Takut ooiiiiii...dunia sekarang memang dah tak aman. Tak kira lah ko pompuan ke laki ke, malang tuh memang sentiasa tak berbau.

So kepada orang di luar sane especially kepada girls, tolonglah berhati2 k. Nak2 yang naik moto tu, tolong lah ambik pengajaran dari cerita aku ni.

First, JANGAN LETAK BEG OR BARANG BERHARGA DALAM RAGA MOTOR/SEBELAH SEAT PENUMPANG BAGI YANG BERKERETA. Kalau boleh letak lah di tempat yang orang tak nampak. Untuk yang penunggang motor, better pakai beg yang ade tali panjang so boleh silang and sorok dalam baju sejuk. Lebih selamat. Untuk yang berkereta, boleh letak kat kaki penumpang. So peragut yang bongok tuh tak kan nampak beg korang kat sebelah. Jadi kereta korang pon selamat gak daripada di pecah cerminnya.

Second, JANGAN LALU DI JALAN YANG TAK RAMAI SANGAT ORANG LALU. Kes aku nih maybe takde orang sangat tadi so dorang senang nak buat keje dorang. Biasa ramai je lalu situ, mungkin tengahari kot, dah pukul 2 pon ya. Semua dah ade kat ofis memasing agaknya.

Third, LETAK HANDSET DALAM POKET SELUAR. So kalau terjadi pape, korang boleh telefon sesiapa sebab fon korang selamat. Lagi elok duit/ic/kad atm/lesen asingkan dari beg duit. Letak kat tempat kad 2 lagi elok and letak dalam poket. Bagi peragut sentap sikit bila tengok beg korang sebenarnya takde duit langsung. Padan Muka!!



Tapi yang lebih penting, andai terjadi apa2 lebih baik anda jangan melawan sebab berkemungkinan dorang mengasari anda lebih tinggi. Kalau korang main tarik tarik beg memang dorang tak teragak2 nak sentap and tolak korang kasi jatuh. Ye lah, bila dah nafsu naik ke kepala memang tak boleh pikir dah yang mana baik yang mana buruk. Janji dorang dapat apa yang dorang nak sudah. Biar korang dah berdarah darah pon, dorang pedulik apa kan. Orang tua pon dorang takde belas kasihan nih kan pulak korang yang muda jelita kan. Eh sempat lagi jelita eh?hahaaa....





So, berhati hati di jalan raya. Sementara dah ingat nih baik buat terus, lama-lama jadi tabiat. Jangan dah terkena baru nak beringat time tuh ape pon dah tak boleh cik kiah oooiiii..(cik kiah tiada kena mengena dengan yang hidup ataupon dah meninggal dunia)



K bye!!




Wednesday, August 29, 2012

Oh My Inggeris!!



Sometimes i don't understand why people (especially bloggers) need to write in English meanwhile they are Malaysian. I know they are famous (not all) but is it important to them speak (in writing actually) in that language?? Why? Is it foreigners read their writing??Ouuhhhhh...

Is that i'm jealous..Oouuhh pleasseeeeee laaaaaaaaahhhhhhhhh!! Tak kose acik nak jeles okeeeyy..
Yaahh i mengaku i'm not very terer to speak even writing in English. Sometimes when i watched my favourite program, in general there must be a subtitles to make me more understand. Yah, that's me!!
Ouhh shame!!!!!!!!!!!

When i blockwalking (i'm silent reader okayy), i usually prefer to read a English writing blog because for me they are sooooooooo terrorr!! and i very impressed to them becoz they well-to-do (writing,speak...) in that language (bagi aku yang that bahasa are so susah nak belajar dan fahami, dari dulu lagi ok)
Kadang-kadang datang terdetik kat hati "why i cannot be like them?? Why i not perfect dari segi writing,read, and of course speak in English?" dapat cakap pon bagi aku dah sangat bersyukur sangat. Ada tu nak buat ayat yang simple pon terkial2 nak gugel translate. Ouhhh whyyy haa???? Nak kata aku tak belajar dulu, tak pernah ponteng okay. Nak kata salah aku terlalu lembab or layu sangat untuk menerima sesuatu tu aku rasa aku tak la lembab no. Okay je kot. Dulu bila dah habis belajar (universiti), aku pernah terfikir nak ambik kelas tuisyen for improve my English. Tapi malu plak rase nya nak pergi, ye lah dah tua bangka baru nak gi belajar, nanti apa plak orang or cikgu tusyen tu cakap kan. Mesti student yang amik kelas tu budak2 tadika yang baru nak kenal apa itu bahasa inggeris. Ouhhhh susah nya tak pandai Inggeris nihhh..



So what can i do??????????????



Oouuuhhhhh My Inggeriss!!!!!



One more thing is i always 'terkial-kial' dalam memikirkan word in b.i, kalau buat karangan especially. Perrgghhh nak mikio nye satu hal. Bukan malas nak check in dictionary but tak kan lah kita nak usung sana ke mari kamus 2 ye dak. Berat seyhhh, tak koseeee taw.

If you'll have a same problem like me, why not if we try this step to increase our vocabulary. Just a simple step i guest. I took that in 'Oh My English' page in facebook.



So, enjoy!!





p/s : Tengah rajin baca novel English sebab nak pandai speaking katenya...Tak salah kan nak improve kan diri, dah tahu lemah rajin2 kan lah diri tu untuk usaha kasi tidak lemah. Keep it up!! I know i can do it like others...harap2 lah kerajinan nih kekal sampai bila2...kuikuikuiii



Tuesday, August 28, 2012

23?kawen?tak cayee...


Tanggal 25 Ogos 2012 genap la umur ku 23 tahun. Ya, saya dah 23 tahun ye. Mane mane yang ingat aku muda lagi tuh sebenarnya i dah 23 k. TDDMKA.
Thanks la mane2 yang wish my beday tu, sampai ke arini pon ade lagi yang wish..ouhhh terharu betol ahkak. Padahal tak de orang ingat pon, sebab tu sampai ke arini wishnye. hahahaa. Alah aku tak kesah pon, wish ke tak yang penting aku dah semakiiinnn tua..tua ok!!!oohemmmjiii...
Yang si kakak aku sebok wish kat fb siap cakap tak boleh kawen lagi sebab tak matang lagi...ouuhhh apakah iniii??


See see?? siap 4 orang lagi yang like..Abis lah aku macam ni, tak kesampaian lah nak kawen pada umur muda..kahkahhh..gedikssss sangat nyahh.

Tapi macam dah jadi kewajipan plak ekh, kalau wish beday mesti akan cakap "bila ko nak naik pelamin?" "ko bila nak kawen ni,umur tu bukan makin hari makin muda." 
Tak kose taw aku nak menjawab soalan yang sama. Cuba lah tanya bila nak kaya ke, bila nak pakai audi ke,,ha kan senang aku nak jawab. Tak de lah aku lama nak pikir jawapan kan. Huhuuu

Tapi skunk dah ramai dah kawan kawan aku kawen/tunang. Lepas raya hari tuh berapa ramai, yang kawen dah 5 orang, yang tunang sorang. Tuh lepas raya, yang sebelum2 dan lepas2 nih tak kira lagi tuh. Nih aku baru dapat tahu my bestest fren plak nak kawen tahun depan, bulan 5 (InsyaAllah). Nih kawan aku masa U dulu. Macam tak caye pon ade dia dah nak naik pelamin. Oouhhhheemmmjiii lagiii. Bila attend dorang nye majlis mesti akan tanya diri sendiri, camner lah majlis aku nanti ekh??sempat ke tak nih..huhuu sedih bunyik nye. hahaha. 

Aku bukan tak nak kawen skunk or takde calon lagi, tapi banyak benda ooowwww nak kena pikior. Semua tu memerlukan duit yang banyak. Baju, makanan, kanopi, goodybeg, hantaran yang nak diberi kepada pihak lelaki, ehhh banyak lah senang citer. Cincin ngan gelang emas tuh jangan lupa. Hahahaa. 

Ha??bak orang ganu kata, "dok dang mikir wase.." bukan senang nak kawen taw. Nak masuk toilet pon bukan senang, tak de 20sen no entry ye!! Bagi aku lah kan, nak kawen susah, kehidupan lepas kawen lagiii susah.  Jangan ingat kawen nih pasal nafsu je, banyak benda nak kena ready. Tanggungjawab lepas kawen lagi berat berbanding hidup single. Senang citer jangan main2 dengan tanggungjawab yang telah Tuhan tetapkan kat kita sebab semua tu akan di soal di akhirat kelak. Haaa takut tak bunyi??heheee..lepas kawen mula2 hidup berdua lepas tu bertiga, berempat,berlima plak. Kalau tak ready terutama dari segi kewangan baek lupakan saja niat nak berumahtangga ya. Tanggungjawab dan amanah itu yang akan ditanya di sana nanti. Jangan maen2 ye!!


 **************************************************************************


Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.


 
*********************************************************************
 
Betul sangat lah tuh apa yang Prof Fauziah nih cakap. Aku sokong 140%. Jumpa dulu famili bakal suami/isteri dulu, kalau dah agak2 serasi buat plak solat istikharah. Mungkin apa yang kita suka Tuhan tak suka. Tak boleh jugak camtu, senang citer semua perlu keredhaan dari famili dan yang penting kat atas tuh. Keberkatan dari Allah s.w.t dan ibubapa sangat penting bila hidup kat atas muka bumi nih, baru kebahagiaan tuh dalam genggaman kita InsyaAllah. Ni bukan auta tapi FAKTA!!!






p/s: Dah macam makcik2 plak blog nih kan?membebel je.....eh ni peringatan taw,ishh memain plak dia. Peringatan untuk si penulis sama ;-) 



Monday, August 27, 2012

Bunga-Bunga Cinta....



By: Asmirandah feat Dude Harlino
OST dalam Mihrab Cinta





Asmirandah:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Asmirandah & Dude:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Asmirandah & Dude:
Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta


Hati ada lidah,boleh rasa...



Senang berbicara
Mudah tunjuk jari telunjuk
Angkuh lidah gerakannya
Semua berkaitan dengan automatis

Sesaat hati terasa
Ada lidah kah?
Kenapa hati?
Kenapa tidak limpa,jantung mahupun apendix
Semua masih berfungsi pasti

Kadang endah
Kini makin tinggi suhu
Cisss..tidak tahan sudah
Cengeng atau perlu itu?
Buat tak tahu tapi temperature itu mengganggu
Mudah di rasa nampak bacaan mungkin

Termometer itu buang jauh jauh
Hiraukan....
Usah pandang,pegang jangan
Bekukan cecair itu kembali
Itu pasti dari hari ke hari












p/s : Tahu makna coretan di atas di taip??? ye....hati aku ada lidah, deria rasa kuat mainkan peranan




Thursday, August 16, 2012

Kagum..siyes!!



Sedih sobbsssss...
Sepatutnya ahkak cuti hari ni, tapi bos cakap ade PO nak masuk..ate kene kije balik lah kita. Tapi still ade berita gembira di mana sekerat ari saje yoo!! Yuhuuuu...menyoping lah kita hakhakk
Tak sedar diri duit dah kering still lagi ade nafsu nak soping ini makcik.

Kan dah cakap kat post hari tuh yang ada lagi benda tak setel. So kita setel kan lah hari ni. Ate nye esok nak kemas umah, mane ade mase lagi nak kuar soping kan. Tak koseee acik nak kuar kalau dah ade nafsu nak mengemas bagai. Badan dah peluh peluh..pppffffttttt tak kose!!

Ada penambahan barang yang nak di beli selain ayah punya baju. Aku nak beli alas meja daa. Dah lame dah niat nak beli, tapi taaaak nye beli beli. So dah raye nih, kita tunai kan terus lah ye. Sukkoooo =D
Ingat nak beli yang kain nya macam getah tuh, lepas tuh alas pulak atas nya dengan plastik yang transparent tu. Ye lah kalau tetamu tumpah kan lauk or air ke, tak lah kotor kan kalau ade plastik tuh. Dah la aku tak sahur pagi tadi, tak tahu lah larat ke tidak nih. Tawakal saje lah ye. Aku rase ok je kot nanti, bukan nya baru stat pose pon kan tak larat bagai. Ohver lah ko kalau nak pengsan dah ujung2 pose nih. Buat malu je. Macam pepatah orang-orang tua dulu, "ALAH BISA TEGAL BIASA". Ecewaaahh...ate nye dah ujung2 nih, perut pon dah kebal la kate ko!!

Langsir dah setel uoollss. Cuma kat dalam bilik ngan dapur je belum. Tapi lega lah jugak kat ruang tamu dah setel. Cuma belum lap2 lagi mane yang berhabuk tu. Esok lah niat nya. Harap2 menjadi..hakhakkkk =D

Ce korang tengok video nih. Kagum gila aku first2 tengok. Hebat ouuhhh pompuan nih. Jap ea aku kasi tunjuk.



Terukir di bintang (Yunalis) by Keesamus. Dia nih orang thailand uollss tapi pandai nyanyi dalam bahasa kita. Hebakk ooouhhhh!! Tapi paling aku suka dia nyanyi lagu nih.



Ya Sudahlah by sape aku tak tahu kahkahh. Tapi yang pasti nya lagu indon, alah yang dalam citer Nada Cinta tu. Tak tahu lah kan kalau si Randi Panggalela tuh yang nyanyi. Idokk lah ku tahuu..Tapi siap pakai jersi Malysia tuuhh. Tabik betul kat dia nih.

Yang nih pon aku suka gila. Mula nya aku tak tahu pon lagu nih wujud tapi kan bila dah dengar dia nyanyi  aku terus search penyanyi sebenar. Kahkahkahhh..teruk betoll perangai.


Bunga bunga cinta by Asmirandah and Dude Harlino. (Baru tahu nih by sape, kalau tak hareemm haha)



Banyak lagi lagu yang dia nyanyi. Nak tengok lagi pergilah ke youtube sane kahkahh. Atee..tak kan ahkak nak letak semua kan. Ni blog aku taw, hahaa..kejiii




Okay bye!!



Tuesday, August 14, 2012

Hati gelisah... ;(



Assalamualaikumm....
Hari nih dah masuk hari Selasa dah bersamaan 25 Ramdhan 1433 H. Kejap je masa berlalu kan. Rasa nya baru semalam duk post esok puasa hahahaa..Amacam persiapan raya korang dah setel ke?
Aku?? Tanya aku ke, aku baju raya sume dah setel, cuma baju ayah je belum di beli lagi. Duit gaji dah licin dah haa acaner tuu..
Aku sepasang je tahun nih, untuk raya ke 2 akak aku dah beli dah kain nya, baju nya dah siap pon. Lega rasa nya dah setel. Anak buah aku yang pompuan ngan laki tuh pon dah setel. Bapak masing masing belikan. Senang keje ahkak. huhuuu...Untuk kelengkapan umah dan dapur pon dah setel. Siap ada sudu raya lagi uollss. Punya lah semangat den nak raya, sudu pon beli. Siap sudu yang gantung2 lagi, barulah cantik dan vogue kate ko..!! Yelah yang lama sume tangkai nya dah karat, ate nye malu lah nak hidang bagi tetamu makan, ye dak?? Untuk langsir dah setel lama, cuma belum digantung lagi. Ffuuhhh..tuh pun satu hal. Sape lah nak tolong nanti tu.

Cuma ada 2 benda lagi tak setel..haa ceteka?? Ahh, macam lah ade orang kesah hahaha. Rasa nya benda nih lah yang paling penting sekali, tapi aku duk wat endah je. Kueh raye uoollsss!!! Haa...acano lah nanti ni kang, tetamu nak dihadapkan ape lah ni nanti. Aku ingat nak beli kerepek2 je.Ye lah zaman sekarang nih kueh raya bagi aku mane orang nak pandang dah. Kalau makan pon yang kita buat sendiri je. Biasa aku menyirap je nak jawab tetamu2 yang datang, mesti tanya nih buat ke beli? Daahh, mesti aku tersengih2 macam kerang busuk duk jawab "kueh tunjuk je kiahhh oii". (Kiah tiada kene mengena yang hidup atau sudah meninggal dunia). Orang dah hidang tuh makan je lah kan, perlu ke tanya macam tuuh. Apa motif dorang ekh? Nak tahu anak dara orang rajin ke tak letteww. Macam lah anak teruna dorang ensem sangat.Kuikuiikuii...

Biasa biasa kat umah aku nih kalau hidang kerepek2 mesti akan licin. Nak nak yang ada rasa macam cekedis tuh, memang sesaat je lah dah kosong balang tuuh. Tapi bukan tetamu yang makan, abang2 aku yang makan..Derrrrrrrrrrr
Lagi satu problem yang tak setel lagi adalah...........
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


DUET RAYA DAAA..

Huhh..jangan salah paham ye, bukan bermasalah dengan bank duet dah habis or tak sampai lagi ke ape. Tapi duet gaji aku udah licin daa..Acano tuh, mintak doa banyak2 bos bagi gaji esok atau lusa. Dah lah anak buah ramai, sudahh kalau dorang duk ulur tangan aku nak bagi ape derrrrrr????
Rumah pon belum di kemas lagi. Apa pon belum sentuh lagi..Haaaaaaaa mau nangis macam nih. Dah lah berhabuk, berselerak tak yah citer lah kan, nak2 kat bahagian dapur kering, perrrgggghhhh mahu kene heart attack ahkak kowang macam nih. Padan muka, awal awal tak buat, biler dah last minit mula la nak cakap kena heart attack bagai. Dasar pemalassss ini budakk!!






Teka lah tema kaler baju raya ahkak kaler apa tahun ni..huhu..bajet ade orang kesah..gassaaakkkk






Sunday, July 29, 2012

my G day....26/09/11



Benda dah lama baru nak citer. Hahaha...nampak sangat tak excited
Aku sebenarnya excited cume tak kose nak citer kat blog,tak larat sebenarnya..banyak no gambau nye
Ni dah sedikit rajin, kasi citer lah kite..mintak maaf lah yer,,haha

Kepada rakan2 ku, jika membaca aku mintak maaf sebab letak gambar korang kat sini.Tak pe kan??
Alah sekadar nak buat kenangan, nanti kalau pendrive tetibe ade virus ke ape aku senang hati dah ade bekap siap2, sebenarnya kat fb pon ade letak tapi yang tak edit punye. Nih aku dah kasik cantik sikit gambar, cantik ke???ahh lantokk kan...

Aku konvo petang, tapi perasaan waktu tu sikit pon tak teruja langsung. Bayangkanlah pukul 11 baru nak bersiap, mekap bagai. Sebenarnya aku tunggu zohor, tu yang mekap lambat. Padahal buleh aje jamak, tapi aku lupa daaa...Ape lagi kelam kabut lah jawabnya, siap sampai lambat. Nasib baik tak masuk dewan lagi. Kawan2 aku dah ber'camwhore' siap kat luar dewan. Jeles nokkkkkkk....
Aku sampai2 terus pakai jubah ngan topi sebab gabra nampak semua dah ready. Hahahaa lawokkkk



 Made in ganu..haha semua nih baka ganu. Bangga ahkak
Wawa..Mie..Jihah..Me
Si dak Mie bulan 8 nih kawen dah. Tak silap aku 24hb/8..huhuu..jeless lagi


 Dengan si cosmate, rumate, and motomate haha tersayanggg...Atiqah Mardziah Mukhtar
Tak silap aku ini je satu keping gambar berdua dengan dia sebelum masuk dewan. Punya lah kawan rapat satu keping je ade, haa acaner?? Tapi lepas kuar dewan ade laa 2 3 keping berdua. Nasib ade, kalau tak nangis gulingg2 aku

Dengan si jiran sebelah, Wahida Saleh
Time nih tengah betulkan topi. Ade ke aku tak tahu sebenarnya pakai topi nih kena semat ngan jarum sebab takut jatuh time tunduk mase ambik scroll atas pentas. Nasib jumpa ngan kawan kawan, dorang lah yang bgtaw, kalau tak mampus aku malu atas pentas sorang2 hahaa..

 Iqa..Fana..Wahida..Jihah


Huwaida, Mek qah, Jihah lagi
Time nih ngah beratur nak masuk lam dewan. Ko ingat course aku je ke yang konvo, ohh tidakk tidakk. Ramai kottt..Fakulti aku je dah berapa course situ kan, fakulti lain takyah citer ahh. tuh yang kene beratur bagai, takut jadi macam pasar malam..huhu


Dalam Dewan..orang duk berkhutbah,kitowang bercamwhore tak sudahh..lame tak jumpa katenyee..macam2 lah yang di borakkannye. Biasalah pompuan







Di luar dewan pula, time nih sume dah tak taw kat mane. Sibuk mencari famili masing2 agaknya. Aku pulak memang tak sempat lah nak ambik gambar ngan orang len sebok bercamwhore nagn famili aku. Korang macam tak tahu famili aku mcm mane kan, lambat2 sikit tak boleh, panas katanyee.. Apepontakbolehh

 ..Me n Uma..

 ...Me n Ame...yang tengah tuh anak sedara die




Tetibe gambar aje, tak paham. Malas lettew nak citer..haha
Walaupun penat tapi aku bangga dapat habiskan belajar selama 3 tahun. Tak semua dapat peluang macam aku, walau tak cemerlang tapi dapat grad dengan keputusan yang tengah2 cemerlang (eh ade eh tengah2??gasakk kan) je kire okey lah kan. Ingat senang nak kasik habis?bagi aku susah okey. Course aku la, course org len aku tak taw. Tapi bagi aku,kalau dah nama nya belajar, semua nya susah ye dak? Kalau senang macam makan kacang goreng, bek tak yah masuk universiti..ecewaahhh ayat ko macam tak menahan jerk. Itu sume atas usaha masing-masing nak handle mcamane, kalau pandai handle, cemerlang lah grad yang ko dapat. Kalau ke laut belajar nya, kelaut jugak lah resultnya..macam aku..huhuu






p/s : Dah start rindu kat kawan kawan balik. Haa acaner??