Wednesday, April 23, 2014

Batok + Mandi Kolam + Air Asam Jawa



Dah dua hari aku batuk ngan selsema.
Semalam teruk, batuk kuat sangat sampai sakit tekak. Bila tekak dah kering mesti kita terbatuk sendiri kan.
Memang pedih gila.
Harini dah kureng sikit. Tapi sakit ngan kering tu masih ada lagi.


Tapi semalam dalam sakit sakit tuh gigih jugak bawak anak anak buah aku mandi kolam.
Balik balik kerja je serbu acu dia tanya nak gi kolam tak?
Kang kalau cakap taknak kang nangis. Ermm layankan ajo lah.



Aku tak join pon mandi. Kalau tak demam aku bantai je mandi sekali.
Dah lama kot tak swimming. Last aku swimming 2 tahun lepas kat ukm haha..
Kat gambang haritu je pon swimming, tu pon kejap je sebab nak main yang lain.

Balik mandi kolam, aku terus gi beli air asam jawa.
Betol betol dah tak tahan batuk. Aku batuk sampai sakit perut perut sebab meneran.
Nak buat sendiri malas, beli aje sonang.
Orang zaman sekarang memang macam tu huhu..




Beli sampai 3 botol sebab nak bawak gi opis sekali.
Gatal gatal tekak boleh la teguk air nih. Lega aku.
Huhuuu.



K lah babai.
Doakan aku cepat sembuh ye!




Tuesday, April 22, 2014

For Muslimah only!



Pagi uollss..
Sadis betol mandi pagi tadi. Tak ingat yang semalam lagi sabun dah habis.
Ate banyok benda yang teman nak kena ingat, sampai sabun habis pon lupa nak beli.
Menggagau lah mandi pagi tadi takde sabun. Panjang jugak masa nak mikio nak pakai sabun ape.
Takkan tak bersabun kan. Gile ke hape. Satu ofis bau hapak nanti haha..
Tengok kat tong sampah nampak bekas sabun yang bawak gi johor ritu.
Apa lagi kesukaan lah haku sebab baru teringat ade lagi sikit. kikiii
Bantai pakai sabun tu. Ahhh dulik ape kan dah masuk lam tong sampah ke hape, janji aku mandi bersabun. Kuikuii..


Rambut aku ni kan selalu je bermasalah. Kalau lambat syampoo je mula lah naik kelemumur.
Geram pulak aku. Lepas tu kalau rambut basah, banyak gila gugur.
Seram gak kengkadang tengok. Stok gugur tu bukan stakat 2 3 lai, tapi secekuk tau.
Uisssh sheramm mak hencik.
Hari tu dah tak tahan sangat rambut banyak gugur, aku tekad nak gi buat treatment.
Tapi bila survey salon salon kat kemaman nih, susah sikit nak jumpa yang ladies only.
Sume nye unisex. Hok aloh.
Malu aku nak buat sekali ngan orang laki. Bukan setakat malu, doshee tahu.
Dah tu plak, tukang gunting sumeeee nye chinese.
Aurat kita ngan chinese kan sama je ngan aurat kita ngan lelaki melayu.
Takmo takmo macam tu. Not good not good.
Dulu mungkin kita jahil bab bab ni, tapi bila dah tahu nih cepat cepat laa berubah yerkk.


Hari tu jugak aku cari salon muslimah kat group bandar chukai kemaman.
Sekali kebetulan esoknya aku terjumpa satu salon buat promosi.
Aku bab promosi promosi nih memang cepat je jumpa. kahkahh
Rupanya buat promosi sebab salon dia baru bukak. Ape lagi aku cepat2 lah tanya kan.
Bila dah konfem untuk muslimah je, terus set date ape sume.
Kena lah buat appointment dulu, ye lah makhencik kan keroje.
Susah sikit nak buat weekdays, so kita set buat weekend sajork.
So weekend tu moh lah kita berkampong di salon.
Aku pergi ngan kak ipor aku sebab dia nak buat rebond.


Memang terbaik lah servis dia. Betol aku tak tipu.
Bukan omongan kosong ke hape, tapi memang betol best.
Nama budak tu seyha. Dia kalau ngah buat rambut aku, kejap kejap kang tanya sakit tak?
Kejap kang tanya lagi sakit tak kak? Haus tak kak, nak air? Aku orang dah offer apa lagi kan. haha
Ehh memang concern betol. Peramah pulak tu. Memang tak boring laa, asyik laa bercakap.
Siap boleh kongsi cerita peribadi. Orang nye pon boleh tahan cute jugak.
Tapi maaf lah pada yang lelaki, untuk muslimah saje ye. huhu..
Chinese pon dia tak ambik.

Sape sape yang nak try buat rebond ke, relaxing ke, gunting ke aku shorkan pergi lah ke salon seyha ni. Sementara ada promosi lagi nih, pergi lah try. Sokong sikit orang melayu kita berniaga ye dak.
Skunk nih sume promosi. Aku haritu tak jadi buat treatment. Bantai buat relaxing haha
Dah murah kan ape lagi. Kat salon lain aku dah survey sume nye mahal nak mamp.

Salon dia mudah je nak cari. Korang jumpa sekolah teknik binjai haa jumpa lah salon seyha nih.
Eh lupa plak nak bagitahu, salon dia nama DS Salon. haha
Pungpang pungpang bagai nak rak boleh plak lupa kan nak mention nama salon kan. haha




Nak buat sebarang perkhidmatan tu jangan lupa kol dulu buat appointment ye.
Sebab buat masa skunk dia sorang je yang buat, belum ambik pekerja.
Bulan depan mungkin aku akan pergi lagi buat treatment. Servis terbaek kan mestilah akan pergi lagi.
Apa-apa pertanyaan, boleh rujuk facebook dia sini



Okay happy cantik!
Hikss..



Monday, April 21, 2014

Pengisian masa lapang



Assalamualaikumm...
Cuaca skang panas kan. Panas dia bukan panas biasa, tapi membahang kata ko.
Kalau naik moto tu terasa macam terbakar kulit. Masa tu dalam hati dah 'alamak hitam dah aku', 'ni mesti muka dah burn ni..' haa macam macam lah. Dah nama pon pompuan kan.
Takut panas katanya. Puteri lilin sangat.
Aku nih pulak jenis yang tak suka nak tepek tepek benda kat muka.
Setakat bedak je sikit. Lagi lah muka nih cepat sunburn kan. Redha je laah.


Weekend aritu aku just duk umah je. Tak sehat sangat laa.
Asyik laa sakit aku nih. Lenguh lenguh badan. Aku syak ni mesti sebab aku tido atas tilam 1 malaysia ni.
Sape yang mangsa banjir mungkin tahu lah macamane keadaan tilam dia kan.
Lekuk habis. Kalau korang nak tahu tilam dia jenis yang tak de spring tu, kalau kita baring atas dia lelame tilam tu akan melekuk ikut bentuk badan kita. Sadis sangat. Dah nak buat camner kan, itu je yang ada.
Nak beli yang ada spring tak mampu, huhuuu....
Reti reti lah bersyukur. Ramai lagi orang susah kat luar sana. Gitewww.


So weekend aku duk umah mestilah keje aku masak je.
Eh aku suka je masak. Betul. Hobi aku adalah masak.
Sedap tak sedap tu belakang kira. Tapi tengok budak budak tu makan licin kira sedap la tu kan.
*puji diri sendiri tu penting...




Ni lauk aku tengahari tu. Ayam paprik. Sedap kan nampak? *matiklah puji diri sendiri lagiii..haha
Nampak tak punya lah tak sabar nak showoff, sampaikan dalam kuali lagi dah ambik gambar. Tak menyempat nak hidang. Gila ini pompuan. haha
Aku ada showoff kat wasap group femili, dan dan je sume kate lapar. Siap boleh cakap dah boleh kawin ni.
Huhuu...eskiusme, i memang dah lame dah boleh kawen ye. Cume takde yang datang minang je. huhuu sadis lagi. Letak kacang panjang je sebab carrot takde lam peti ais. Tomato ade tapi tak letak sebab aku tak makan tomato. Orang orang kat umah aku pon bukan penggemar tomato, so tak payah la letak. Membazior je nanti.


Petang semalamnya tu si gumuk ade bagi pelam masam, apa lagi buat colek lah. Dah lah aku nih memang da lame terliur nak makan colek pelam masam. Ade peluang memang tak tunggu lame huhuu..




Ni budu letak mangga. Makan ni dengan nasik puteh memang menambah nambah kate ko. Nak nak ade kuah singgang. Perggghhh memang terangkat. Pada yang tengah mengadung cek tak dapat nak nolong ye haha..




Ini lah dia colek cek mek molek. Amik kau sampai satu besen haa. Tahan sampai 3 hari cik jah oiii.
Kuah pencicah tu aku buat yang versi kicap punye. Belacan ngan cili padi kasik lenyek, letak gula sikit, pastu kicap. Kasik gaul dengan pelam baru sedap. Ikut tekak memasing laa. Ade yang suka cicah gitu je, tapi aku suka gaul pastu simpan dalam peti. Kasik kuah tu meresap dalam pelam baru terasa kan. huhuu.. 
Tapi ada yang suka colek cuka tu. Bahan sama cuma tukar kicap ngan cuka.
Sedap jugak yang tu, tapi yang tu cicah je kot dah sedap. Tak perlu gaul.




Okay sekian saja untuk hari ni. Tataa...



Wednesday, April 2, 2014

Hai 4 babai 3..



Pejam celik kejap je dah masuk April. Rase nye baru je buat entry tahun baru..huhu
Masa berlalu sekarang terlalu pantas sampaikan kita tak sedar apa yang kita buat hari-hari.
Ada benda baik, ada jugak benda buruk. Kita tak sedar semua tu.
Kadang-kadang apa yang kita cakap pon kita tak tahu sampaikan kita tak sedar ada orang terguris dengan setiap perkataan yang kita lontarkan.

Yelah tak de sape kat dunia nih yang sempurna kan. Setiap manusia pasti akan buat salah, buat dosa.
Yang paling penting, kalau kita dah sedar kita buat salah buat dosa, cepat-cepatlah berubah.
Tinggalkan yang negatif, yang positif kita kekalkan malah kena mantapkan. Chewaahh

Perbaiki diri kita dari hari ke hari. Nak jadi orang cemerlang kena sentiasa positif.
Kawal diri dari cepat marah. Cuba kawal diri kita dari memaki hamun orang lain.
Kita tak suka orang cakap kasar dengan kita dan semestinya orang sekeliling kita pon tak suka benda yang sama. Kan??
So, tolerate lah. Jangan penting diri. Ingat orang lain pon ada perasaan sebab orang lain pon manusia sama macam kita.

Untuk perbaiki diri mesti kena mula dari diri sendiri. Jangan tunggu belas ehsan dari orang.
Kita je yang boleh ubah diri kita. Bukan orang lain.
Nak orang berperangai baik dengan kita, kita kenalah berperangai baik dulu dengan orang.
Ingat ni, "what u give, u get back.."
Faham ke idok??


Tengah konpius pesal tiba-tiba update pasal nih??
Hewhewww....

Itu pesanan untuk diri sendiri jugak tu. Sedar diri ni tak berapa bagus sangat. Mulut nih asyyikkkk lah nak ngata orang tak baik lah, tak cantik lah..ishhh benciiiii
Perasaan manusia nih sentiasa di kawal oleh syaitan nirojim. Kenapa lah jahat sangat syaitan nihh.
Sekarang tengah berusaha untuk menjadi muslimah yang baik. InshaAllah..
Doa-doakan untuk aku sama eh??
Boleh kita sama-sama jadi muslimah solehah nanti. Ihikkss..


Aku nih selalu sangat skip sembahyang subuh.
Ada orang tanya Ustaz Don kalau sembahyang subuh lambat sebab terlajak tidur dosa tak.
Ustaz jawab kalau hari-hari dosa, tapi kalau setahun ada dalam 2 3 kali itu dikira dimaafkan lagi.
Aku pon terpikir, kalau sembahyang lambat sebab terlajak tidur pon dah dosa ni kan pulak ponteng kan.
MashaAllah..aku nak berubah. Ya, aku betol betol nak berubah.
Kenapa lah syaitan nih jahat sangatttt....!!!! errgghhhh...


https://www.facebook.com/photo.php?v=426851360792434&set=vb.352054464938791&type=2&theater


sharing is caring!!