Sunday, June 29, 2014

Salam Ramadhan 1435H


Kejap je dah dalam bulan Ramadhan. Selamat Berpuasa semua.
Jangan puasa yang yok sudah lah ye.

Di kesempatan ini, saya Peeqa mahu memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki.
Maafkan daku andai tersalah kata, tersalah taip, tersalah umpat, tersalah tengok, dan segala ter ter yang lain. Biasalah bila dah namanya manusia, adatlah kalau buat silap ye dak. Kita bukannya sempurna.
Kengkadang apa yang kita cakap, kita tak sedar yang kita ada terguris mana mana perasaan. Begitu jugak aku. Maaf ye semua. Mungkin itu tidak sengaja, tapi kalau sengaja pon mintak maaf jugak ye. Lol.
Halalkan makan minum daku ye semua.


Semoga Ramadhan kali ni memberi kita satu Keinsafan, Keredhaan, Keberkatan dan Kemuliaan dalam menjalani ibadat-ibadat dalam bulan puasa ni. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari Ramadhan-Ramadhan yang lalu lah hendaknya.
Jaga hati kita, jaga mulut kita, jaga mata kita, yang penting jaga nafsu kita. Nak-nak nafsu makan dan nafsu mengumpat. Biar ibadah kita nih seiring dan sejalan.
Jangan pulak ko puasa dari makan dan minum, tapi dari segi solat korang pon puasa jugak. Eh no no no. Salah okay. Dah penat penat puasa tapi kalau tak solat macamane tu ye. Rugi sangat. Kena paham betol betol.
Ni pesan untuk aku jugak. Ye lah aku pon ade kurangnya dalam solat ni. Moga kita sentiasa dilindungiNya dan sentiasa mendapat pertolongan dariNya bila kita ada niat untuk berubah, untuk kekal dalam landasanNya bukan senang. Sentiasa ada cobaan dan hasutan dari kiri dan kanan. Nauzubillah.


Apa-apa pon selamat bersahur jugak. hehe..
Alhamdulillah aku bangun sahur arini dengan perasaan teruja. Pelik jugak.
Jam belom bunyik aku dah bangun dah. Kira bila aku celik, baru dengar jam bunyik. Magik giteww.
Mungkin hari pertama, sebab tu teruja lebih. Kita tunggu je lah hari hari berikutnya ye.
Moga-moga perasaan teruja tu sentiasa ada. huhu.
Kitorang kalau sahur memang kena makan nasik. Kalau tak memang nahas lah satu hari kalau tak jamah nasik time sahur. Ade jugak kang yang pengsan.
Sahur arini aku just panaskan lauk semalam je. Bukannya ramai pon. 3 kepala je. Just tambah ikan goreng je dah siap. Tapi aku tak sahur sekali sebab ceq uzuq. huhu
Hari pertama dah tak boleh. Coii.. Harap-harap hujung-hujung nanti tak buat hal la. Naye nak meganti oiii.


K lah. Itu saje mukaddimah bulan Ramadhan. InshaAllah kalau aku rajin nak buat entri makanan bukak pose korang jangan nak terliur pulak ye. hikhikk.
Eh tak baik kan? Ok ok tak jadik lah. (yess ade alasan kukuh tak yah hapdet kahkahhh)