Tuesday, January 7, 2014

Si Ijo


Sejak kejadian tu, barang kesayangan aku satu-satunya terpaksa masuk hospital.
Sedihnye laah. Finally dia rosak jugak. Aku selalu terpikir kalau satu hari nyawa aku tu hilang/rosak apa laa akan jadi dengan hidup aku. Yelah hari2 memang akan ngadap die walaupon 10 minit.

Laptop hijau ku...
Kenapa la engko perlu menyelam ke dalam air itu.
Ya, memang totally salah aku. Dah tahu grobok tuh dah tak sendik yang hang duk letak dia atas tu nape.
Bahana lah makanan engko jawabnye.
Aku selalu terasa andai laa masa dapat di putar balik, pasti sepastinye si ijo tu dulu akan aku selamatkan.
Tapi dah takdir kate sebegitu, aku redho je lah.

Dah hantor pi spital, tapi doktor kate tak dapat nak kembalikan nadinya sebab ade short kat mane ntah.
Tapi aku tak mengharap pon. Tak nak kecewa di kemudian hari.
Tahu sangat kalau aku terlalu mengharap, akan kecewa di hujungnya.
Aku tak pi ambik2 lagi dia sebab terlalu bizi ngan kerja.
Ye lah kerja abis kol 530, pi2 tengok hospital dah tutup.
Hampassss...
Tapi maybe aku akan hantar pi spital lain.
Mane tahu ade harapan kan. Yang penting kita usaha.
InshaAllah..
Tolong doakan kita ea??


Ke ade sape2 nak hadiahkan laptop baru?? hekhekhekkk...
Si pumpkin nak bagi memang tak arr. Umah dia pon tenggelam daa.
Tapi kalau dapat yang baru pon perasaan dia tak kan sama.
Laptop si ijo tu kakak aku yang belikan masa aku study dulu. Sedih bila pikir.
Banyak kenangan dalam tu. Bekap dah buat, tapi ngan bekap2 sekali jadi kapal selam. huhuuuu.... :-(
Terlalu banyak. Ade video famili aku dalam tu, yang mana ada video arwah mak aku.
Biasa kalau rindu aku akan tengok video2 tu. Sedih.. :-(
Gambar2 masa study dulu usah kata laa...Banyak.
Assignment, tesis. Sediiiihhhhhhhhhhhhhh


Ade sape2 tahu tak doktor yang hebat dalam pembaikian laptop/external hardisk atau senang kata celik bidang2 ni??
Aku terdesak sangat ni. Mahal pon takpe aku sanggup.
Kalau sape2 tahu tolong suggest kat aku ea.
Kalau mane2 doktor yang berjaya hidupkan laptop aku tu, inshaAllah aku belanja dia makan.
Betol. Ini serious. Tak tipu.
Cakap je nak makan apa, akan aku bayar. Tapi dengan syarat si ijo aku tu hidup la ye.
Tolong ea. Tinggal kan kat komen.


Thank you guys.



Thursday, January 2, 2014

Hantaran murah vs hantaran mahal



Weehuuu..sudah 2014.
Umur dah menganjak, masih berkeadaan baek, diberi kesihatan yang konsisten, famili yang baek dan gila2
Syukur alhamdulillah.
Thank you God.


Persoalannya bilakah aku akan menamatkan zaman bujang. Tettttt...
Aku pon takde jawapan nye, camner aku nak jawab. Yang masuk meminang belah lelaki bukan perempuan.
Cehhh..bunyi macam tak laku. Eskiussmii. T.T

Tapi ramai yang cakap, tu tak kawen2 lagi tu mesti hantaran mahal sangat tu. Sebab tu tak kawen2 lagi.
Hello, i kawen sekali je okay. Bila lagi kita nak mintak bukan2 kalau tak masa kawen. Betol tak??
Ko ingat lepas kawen laki ko nak tunaikan semua benda yang ko mintak. I dont think so.
Memang laa sebelum kawen dia akan cakap,
"yunk nape nak mintak hantaran mahal2 kan lepas kawen i still boleh bagi apa yang u mintak. Nape nak gaduh2 mintak itu ini, lepas kawen u nak mintak ape u mintak lah. Tapi skunk i boleh kasik u ni je..."

Seriosly?? U will make it all happen darl after we married?? Seriously?

Aku tak caye semua tu. Honestly, bagi aku orang laki zaman sekarang semua dah tak berkualiti.
Bukan semua laa, tapi almost yang aku dengar base on experience kawan2 aku yang dah berumah tangga, kebanyakannya more tu negative dari yang positif.
Aku tak nafikan, memang laa berdosa bukak aib suami sendiri, tapi tak salah kan nak kongsi masalah. Dengan meluahkan rasanya boleh buat dorang feel better. Feel lega bila dapat luah.


Kengkadang aku rasa weird bila orang cakap, hantaran murah lagi berkat dari hantaran mahal.
Memang laa kalau buat majlis grand meletop kebaboom macam che ta tu aku tak nafikan laa sangat membazir dan melagho kan. Memang sangat laa tu kan.
Maksud aku, zaman sekarang bila cakap hantaran mostly rm10k dorang especially yang makcik makcik akan terbeliak bijik mata sampai nak terkeluar pon ade.
Ape banyak sangat ke 10k??
Derr 2014 kot, zaman moden. Barang semua dah naik bhaiii....
Semua benda nak naik duaposen. Nak buat kenduri, lembu bukan murah. Cikai2 pon 6k.
Kita kalau boleh nak buat yang proper laa. Memang ada betol nya orang cakap, nape nak bazir duet unutk majlis yang 1 hari tu berbanding hidup lepas kawen yang lagi mencabar. Lagi nak pakai duet banyak.


Ye betol. Aku tak kata duet hantaran 10k tu untuk majlis sahaja. Depends laa pada pendapat masing2.
Bagi aku, duet hantaran 10k tu bukan untuk kenduri semata2.
Tak salah kan kalau kita request cincin/gelang yang mahal for hantaran??
Maksud aku, pihak lelaki kalau setakat nak beli gelang harga 1k++, baek ko bagi budak2 je pakai. Seriously i'm like gelang 1k je ko mampu beli??

Bukan nak cakap materialistik, tapi kan nih nak bagi tips sikit kat orang pompuan.
Mintak laa mahal sikit. Buatkan laki ko tu ingat kesusahan dia nak dapatkan ko.
Biar laa orang nak cakap ape pon. Masa nih je pon ko nak mintak mahal2, lepas kawen takde dah.
Percayalah. Tapi kalau ko dapat laki yang baek budi pekertinya insyaAllah dapat lagi. hewhewhew..


Tapi kan aku selalu dengar dekat ceramah2 agama.
Dorang (golongan lelaki) mesti akan bangkit pasal hantaran and then ustaz tu mesti akan selitkan fakta ni

"mintak hantaran mahal tu pasti ke pompuan tu baek?pandai buat kerja rumah, masak, kemas, perfect dari semua segi..bla..bla...blaa....."


Meh aku nak bagi pendapat aku. Pada girl2 yang selalu dapat soalan macam ni pada boypren korang bila korang mintak hantaran mahal, korang boleh pakai idea aku ni ea..


Selalu kalau mintak hantaran mahal, mesti pihak lelaki nak kan jaminan yang pompuan yang dia pilih tu perfect. Pandai masak, rajin mengemas, pandai layan suami, cantik blablablaa....
Barulah berbaloi hantaran mahal. Katenye...asal mintak mahal mesti itu alasannya nak buat kita sedar kita tak sempurna.

TAPI

Kalau dorang mintak hantaran murah, korang pulak cakap pada diorang.
Apa jaminan untuk saya kalau awak kawen dengan saya beserta duet hantaran yang murah??
Adakah awak tu beriman, rajin carik duet, bagi saya anak, rajin tolong saya buat kerja rumah,  tolong saya jaga anak2 kalau saya bizi masak, BAGI DUET NAFKAH KAT SAYA TIAP2 BULAN WITHOUT MISS EVEN SATU BULAN, bagi semua benda yang saya mintak without mengungkit????


Hantaran mahal = jaminan perempuan perfect
Hantaran murah = jaminan lelaki perfect


Kalau lah lelaki tu dapat buat semua tu, kalau ko nak kawen ngan aku free pon aku nak. Betol tak?
Nape asyik kita yang kena. Asyik dorang je yang nak jaminan kita nih perfect kalau hanataran mahal.
Kebanyakan lelaki yang aku kenal base on experience kawan2 aku, dorang nak hantaran murah.
Tapi lepas kawen, ko kemana rumahtangga kemana.
Adil ke bagi kita golongan perempuan ni?? Aku dah bagi chance ko kawen ngan aku hantaran murah, ko jage lah aku sebaik mungkin. Ko bayar la nafkah aku bulan2, ape itu pon ko tak mampu ke??


Nak murah, tapi lepas kawen ko punye perangai mengalah kan ba**. Haa geram aku.
Kebanyakan lelaki sekarang, dorang lepas tangan bab nafkah. *sebab tu aku highlight kan kat atas tu.
Kalau dah nafkah pon sangkut, gelang emas 4 ribu satu set ngan cincin apatah lagi ko nak bagi kan.
So girl, agak agak  korang nak mintak yang murah ke mahal untuk cincin/gelang untuk hantaran ko nanti??

Jangan buat main2 laa. Semua tanggungjawab tu akan di persoalkan di akhirat kelak ko tahu.
Sebab tu ilmu agama tu penting. Ingat semua benda nih ringan ke.
Sebab tu la aku kalau bab kawen2 nih akan pikir panjang.
Boleh ke aku galas tanggungjawab tu nanti. Boleh ke laki aku bimbing aku nanti, adakah sikap dia akan sama macam aku kenal skunk. Macam macam aku pikir.
Yelah semua orang nak bahagia kan. Ye memang semua tak perfect. Tapi sikap kan boleh pupuk.
Kalau ko asyik nak harapkan pompuan je berubah, sampai bila laa tak kan bahagia.
Tak boleh ke sama2 jaga. Bini sibuk, ko tolong jage kan anak. Bini tak sempat masak, ko tolong dia masakkan. Sama2 toleransi. Takkan laa benda mudah macam tu tak boleh nak pikir.

Bagi aku lelaki bermasalah nih, lelaki yang tak matang. Lelaki yang belum wajib lagi kena kawen.
Bagi dorang kawen tu setakat nak elak dari maksiat, pasal tanggungjawab diorang tolak ke tepi.
Ishhh mintak jauh laa. Nauzubillahh...

Doakan aku ye kawan kawan. Doakan kita semua dapat jodoh yang baek2.

Amenn.






p/s : Macam good2 je aku kan nak bagi nasihat bagai. kahkahkahh...sekadar nak kongsi pendapat lah.
Sharing is caring, caring is loving kan. Hikksss!!!
Pengalaman kawan aku tu tak berkait dengan yang hidup atau pon dah meninggal. Percayelah.



Once again, Happy New Year 2014!!