Tuesday, August 28, 2012

23?kawen?tak cayee...


Tanggal 25 Ogos 2012 genap la umur ku 23 tahun. Ya, saya dah 23 tahun ye. Mane mane yang ingat aku muda lagi tuh sebenarnya i dah 23 k. TDDMKA.
Thanks la mane2 yang wish my beday tu, sampai ke arini pon ade lagi yang wish..ouhhh terharu betol ahkak. Padahal tak de orang ingat pon, sebab tu sampai ke arini wishnye. hahahaa. Alah aku tak kesah pon, wish ke tak yang penting aku dah semakiiinnn tua..tua ok!!!oohemmmjiii...
Yang si kakak aku sebok wish kat fb siap cakap tak boleh kawen lagi sebab tak matang lagi...ouuhhh apakah iniii??


See see?? siap 4 orang lagi yang like..Abis lah aku macam ni, tak kesampaian lah nak kawen pada umur muda..kahkahhh..gedikssss sangat nyahh.

Tapi macam dah jadi kewajipan plak ekh, kalau wish beday mesti akan cakap "bila ko nak naik pelamin?" "ko bila nak kawen ni,umur tu bukan makin hari makin muda." 
Tak kose taw aku nak menjawab soalan yang sama. Cuba lah tanya bila nak kaya ke, bila nak pakai audi ke,,ha kan senang aku nak jawab. Tak de lah aku lama nak pikir jawapan kan. Huhuuu

Tapi skunk dah ramai dah kawan kawan aku kawen/tunang. Lepas raya hari tuh berapa ramai, yang kawen dah 5 orang, yang tunang sorang. Tuh lepas raya, yang sebelum2 dan lepas2 nih tak kira lagi tuh. Nih aku baru dapat tahu my bestest fren plak nak kawen tahun depan, bulan 5 (InsyaAllah). Nih kawan aku masa U dulu. Macam tak caye pon ade dia dah nak naik pelamin. Oouhhhheemmmjiii lagiii. Bila attend dorang nye majlis mesti akan tanya diri sendiri, camner lah majlis aku nanti ekh??sempat ke tak nih..huhuu sedih bunyik nye. hahaha. 

Aku bukan tak nak kawen skunk or takde calon lagi, tapi banyak benda ooowwww nak kena pikior. Semua tu memerlukan duit yang banyak. Baju, makanan, kanopi, goodybeg, hantaran yang nak diberi kepada pihak lelaki, ehhh banyak lah senang citer. Cincin ngan gelang emas tuh jangan lupa. Hahahaa. 

Ha??bak orang ganu kata, "dok dang mikir wase.." bukan senang nak kawen taw. Nak masuk toilet pon bukan senang, tak de 20sen no entry ye!! Bagi aku lah kan, nak kawen susah, kehidupan lepas kawen lagiii susah.  Jangan ingat kawen nih pasal nafsu je, banyak benda nak kena ready. Tanggungjawab lepas kawen lagi berat berbanding hidup single. Senang citer jangan main2 dengan tanggungjawab yang telah Tuhan tetapkan kat kita sebab semua tu akan di soal di akhirat kelak. Haaa takut tak bunyi??heheee..lepas kawen mula2 hidup berdua lepas tu bertiga, berempat,berlima plak. Kalau tak ready terutama dari segi kewangan baek lupakan saja niat nak berumahtangga ya. Tanggungjawab dan amanah itu yang akan ditanya di sana nanti. Jangan maen2 ye!!


 **************************************************************************


Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.


 
*********************************************************************
 
Betul sangat lah tuh apa yang Prof Fauziah nih cakap. Aku sokong 140%. Jumpa dulu famili bakal suami/isteri dulu, kalau dah agak2 serasi buat plak solat istikharah. Mungkin apa yang kita suka Tuhan tak suka. Tak boleh jugak camtu, senang citer semua perlu keredhaan dari famili dan yang penting kat atas tuh. Keberkatan dari Allah s.w.t dan ibubapa sangat penting bila hidup kat atas muka bumi nih, baru kebahagiaan tuh dalam genggaman kita InsyaAllah. Ni bukan auta tapi FAKTA!!!






p/s: Dah macam makcik2 plak blog nih kan?membebel je.....eh ni peringatan taw,ishh memain plak dia. Peringatan untuk si penulis sama ;-) 



No comments:

Post a Comment