Monday, February 25, 2013

MenDua...





Aku sedar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu ku punya
Harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki

Sudah jauh kita temu
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah yg akan menunggu di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya cuba

Jika halangan menduga
Perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerna ku ada di sisi
Setia menemani
Andai semangat mu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegah
Tetapi apakan andainya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Biar orang kata
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan tapi
Kau ada aku
Dan aku punya kamu
Apa jua akhirnya
Tetap bersama





Tuesday, February 19, 2013

Bila dosa jadi biasa




Bila dosa jadi biasa
Hilang rasa gelisah pada Yang Maha Esa
Bila dosa jadi biasa
Hilang rasa malu dalam jiwa
Bila dosa jadi biasa
Titik hitam sudah tidak dapat dikesan
di dalam hati yang bersarang noda
Bila dosa jadi biasa
Maksiat makin melata tak kira tempat dan masa
Bila dosa jadi biasa
Semua yang haram dipandang indah di mata manusia



Ya Allah...betapa kami lalai dengan segala nikmat mu sehingga kami lupa bersujud pada Mu
Kau lindungi lah hambaMu daripada terus membuat maksiat dihadapanMu
dan perkara perkara yang terus melalaikan kami 
Sesungguhnya padaMu kami menyembah dan hanya padaMu kami memohon
Tetapkanlah iman dalam hati kami untuk terus
Mengingati Mu......................


Amennn   ;-((



Sakit



Hattttttcccchhhhhuuuuuuuuuummmmmm!! Eskiusme.....
Huhhh...azab azab. Kalau sakit benda lain takpe lagi, tapi kalau bersin paling tak tahan. 
Hari nih dah dekat 2 minggu jugak ar aku batok + bersin + selsema. Minggu lepas lagik lah, rasa macam ape je. Dengan sakit2 badan, bersin nye, hingus apatah lagi kan. Kejap kejap sokseksoksek, kejap kang hattchhummm lagi. Huhuuu..sabar jelah mak jemah. 

Tak tahu lah kenapa tiba tiba bleh demam kan. Nak kata main hujan, memang skunk tengah musim hujan + panas. Tapi rasanya takdek pon badan aku kena air hujan. 
Minggu lepas dalam hari selasa tu tak silap aku, bangun2 tido je rasa penat badan. Ahh sudah. Dah lah arituh start keje (cuti CNY). Niat hati macam nak mintak cuti, tapi bila pikir banyak keje nak kena settle, aku gagahkan jua. Ecewaahhh. 

Sebenarnya malam tu lagi aku rasa dah tak sedap badan, tapi buat derkk je. Aku memang macam nih, kalau rasa tak sedap badan memang tak pernah nak amik port. Dalam hati tu, alah sikit je pon, paling teruk pon demam je. Hah nampak tak kedegilan nya disitu? Kalau orang lain dah gelabah dah nak carik panadol segala bagai sebab takut demam kan. Aku bukan apa, memang dari dulu memang dah diajar tak makan panadol mahupon sebarang ubat kalau nak sakit. Kalau dah sakit baru boleh makan, hahahaaa....Jangan salah paham kata aku takut ubat ke apa ye, oohhh tidak tidak tidakk. Kalau aku dah tak tahan sangat baru aku bantai makan panadol, tu pon panadol biasa je. Tapi kalau takder yang biasa, baru makan yang actifast. 

Biasanya yang tak tahan sangat tu biler aku dapat migrain. Perggghhhh wa cakap sama lu. Sakit oooo migrain. Rasa macam nak hantuk2 kepala kat dinding batu. Di sebabkan rumah aku papan, so aku tak buat. Hahahahaa...Minggu lepas lah yang paling latest aku dapat migrain. Sebenarnya sebelum sakit2 badan tuh aku kena migrain dulu, baru esok nya demam. Perrgghh dalam dua hari gak migrain aku nak boleh ke baik. Punca sebenarnya aku rasa aku minum nescafe kot. Dah lama kot tak kena. Duluuu masa matrik salu kena, sebab hari hari kot aku bantai nescafe. Sekali bantai 2 paket terus. Tak ke gila kata ko. Memang migrain lah makanan ko pon lepas tuh. Nih dah keja, asyikkk lah ngantuk so aku amik nescafe yang rich 2. Hahahaa..memang ricchhhh sangat, rich dengan sakit kepalaaa..Good job!


Hari selasa lepas aku balik keja tuh, aku dah mula rasa sejuk2. Apa lagi duk berkambus lah dalam selimut. Lepas maghrib badan dah start menggigil. Tapi panaskan lauk untuk makan malam tetap aku buat, still nak gagahkan lagi badan. Anak misali kate ko. Hahahaa...Sebenarnya tak teruk sangat masa tuh, pening2 pon dah baik. Okay lah sikit dari semalamnya tu. Malam tu ngadu kat pumpkin. Biasalah pompuan kan. Kalau tak ngadu tak sah. Saje nak menggedik, dah lama tak ngendeng2 kan. Hahaaa..Nasib lah dia kena layan aku. Konon laa cakap nak demam apa kan, mintak dia belikan air 100plus ngan beger. Hahahaaa. Dasarrr punye pompuan. Demam2 tapi makan nak sedap aje.
 
Air 100plus tuh memang aku kena minum, nak gantikan dengan panadol. Aku kan tak suka makan panadol, so minum air 100plus pon sebenarnya dah okay. Betul taw. Ramai aku dengar minum air tu dah cukup untuk buat badan kita segar. Nak lagi bagus tambah dalam satu sudu garam, lagiiii lah cepat baik. Try korang buat. Kalau jadik sila bagitaw yang lain. Kihkihhhhh.


Skunk dah better. Cuma tinggal batuk dengan selsema. Sebenarnya batuk dah baik. Tapi sabtu lepas aku gi kenduri kawen, lupa yang aku batuk. Ermmm duk bantai minum ais. Naahhh hambikkk. Ada balik batuk tuh. Hetchuuu batuk!!
Nih nanti lunch member aku ajak makan kfc, adoyaiiiinyerrponn..Acaner ntah nanti, dah elok2 batuk nak baik kang minum ais tak pasal2 tambah lagi seminggu.. Ohhh tidakkk!! Tak pe boleh mengendeng kat pumpkin lagi. Hahahaaa.. Saje je, dasar pompuan gatal!!







Tuesday, February 5, 2013

Dilema




O2 ada, H2O ada..semua
Yang sedut hanya O2, mengapa
Jantung keluar H2O, pelik
Apa makna?.keliru..
Siapa terlibat..aku,dia,mereka?
Suara bisik diam, aku caci
Janji, panah andai lupa
Bukan kau, hati dia..mereka, aku mungkin
Kadang suka, kejap lara
Yang mana?
Terang..cahaya mentol agaknya
Tapi mana suis nya?
Jangan 'curik' fikir dulu
Motif dan tujuan langkah pertama
Jejak terus, kalau boleh belok
Ikut kan saja
Kiri, kanan, depan, belakang
Pilih...bukan ikut otak
Hati yang menentu, bukan nafsu
Lagi bagus seiring
Bak alunan 'seiring sejalan, seindah bunga di taman'
Ini nyata bukan khayalan
Semua tipu....percaya boleh, buat jangan
Main lagi...sampai hati kata benci
Teruskan...ulang lagi, hari ke hari............


Aaaarggghhhhhhhhh.............PERGIIIIIIIIIIIIII, JANGAN BERHENTI!!!!!!! SHHUHHHH


Quote...tetibe pepagi bebuang tetebiat!!





"Every pious person has a past and every sinner has a future!"



Tiada insan suci tanpa dosa lalu, tiada insan berdosa yang tiada masa depan...
 
 
 

Monday, February 4, 2013

Treenea...bukan nama orang


Assalamualaikum...

Ffuuuhhh...ngantok ngantok!! Asal lepas makan tenghari jer mata mesti nak layu. 
Korang mesti sama kan?mesti mata tuh ngah kuyu kuyu mula lah berangan yang bukan bukan. Nak nak kalau opis yang jenis ekon sejuuukkk macam duk kat korea (bajet macam tahu je korea sejuk tahap apa kan ). Pelik jugak aku kengkadang. Dorang nih jenis kulit hape pon tak tahu, pasang ekon kalau tak buat orang gigil tak sah. Nak2 kalau keje gomen. Tak pernah jumpa ekon ke hape. Eh tetibe membebel, aku pon tak paham. HAHAHA. Gilo!!


Biasanya kalau kat opis mengantuk tahap gaban, mesti balik tuh rasa nak tido sampai esok pagi kan. Nak2 macam aku. Letih kott. Ingat keje duduk memanjang nih tak letih ke. Keje menaip nih sebenarnya lebih letih dari keje2 lain taw. Nih aku sendiri yang buat fakta sendriri. ( Keje nak menaangg je ko kan. Hahaha). Letih segala segi. Letih bahu, jari. Letih mata jugak. Gila lah. Makin bertambah power mata aku nih sok2.

Aku sebenarnya dah tak larat nak merungut letih tiap tiap hari. Sampai la aku terjumpa masa blog walking arituh, satu produk yang bagus. Aku macam nak try sebab baca die punye kelebihan siap woooaaaahh best nye. Kejap2 waahhh bagus nya. So aku kol lah orang tuh sume cakap nak order apa sume kan. Mula2 order 1 je sebab nak try, nak tengok okay ke tak kat darah aku kan. Ti kang order banyak2 tak ngam ngan darah rugi plak. So moh la kita try.


Skang dah nak masuk sebulan aku try produk nih. Nak kata ada perubahan tuh, tak de lah nampak ketara. Tapi ada lah sikit rasa segar tu. Maksud aku, dah takde lah nak rasa mengantuk lagi lepas lunch. Memang super power lah. HAHAHA..Produk nih nama dia VCO ANTIOXIDANTS TREENEA. Produk nih baru lagi di pasaran. Launch 1/1/13 arituh.




VCO Antioxidants Treenea nih salah satu produk yang menggunakan 100% pati kelapa dara organik yang bebas dari kolestrol. Tahu tak miyak kelapa dara nih adalah salah satu minyak yang terbaik di dunia?? Kalau tak tahu, tak tahu lah apa nak cakap apa. Eleh macam ko tuh tahu sangat kan. HAHAHA. Tanya kat nenek moyang kita pon dorang dah tahu apa kebaikan minyak kelapa dara nih. 
Kalau tak sure, cuba lah try gugel tengok. Dekat situ detail dah beritahu kelebihan die apa. 


Ianya sememangnya HALAL 


Antara-antara khasiat dan kebaikkan VCO Antioxidants Treenea nih banyak, antaranya :-


- Membantu kelancaran sistem pencernaan
- Mengurangkan kadar kolestrol dan darah tinggi serta risiko penyakit jantung
- Meningkatkan sistem dan daya tahan tubuh
- Membantu mengurangkan berat badan
- Membantu merawat pelbagai masalah kulit
- Menyokong fungsi tiriod
- Membekalkan nutrien penting dalam membantu pertumbuhan rambut yang sihat
- Menghalus dan menyeragamkan struktur kulit


See??best kan. Bukan sahaja ia menjaga kesihatan dalaman, malah ianya bagus untuk kulit kita jugak. Kira 2 in 1 lah nih. Ouhhh superbb lah. Dah tak payah nak membazir beli produk banyak2, dengan ambik VCO-A Treenea je ia dah dapat menjaga kedua-dua nya. Cantik luar cantik dalam cantik sana sini. Hikhikkk..nyanyi lah pulak.

Yang lagi best, produk nih kapsul berbentuk soft gel. Boleh telan dan jugak boleh sapu kat muka. Ehhh macam ner tuh pikaa?? Macam nih, eceehhhhh...korang boleh cucuk hujung softgel VCO-A nih dengan jarum *yang bersih ok, and then sapu minyak tu kat muka sebelum tido. Urut selama 5 minit and then bilas. Best kan?? Ia sangat berbaloi sebab dapat makan dan sapu ;-).Make a wise choice.



Berbentuk kapsul softgel

Make sure disimpan di suhu bilik, avoid dari terkena panas sebab takut lembik dan cair.

VCO-A Treenea memang berbaloi sebab semua peringkat umur boleh ambik, dari lah baby sampai orang tua boleh makan. Perempuan dan lelaki. Kira korang beli sebotol boleh kongsi satu famili. Satu famili sihat. Jangan risau ini BUKAN UBAT. ini SUPPLEMENT yang baguusss punya.




Sesiapa yang ada masalah period, masalah kulit, insyaAllah VCO-A Treenea nih jawapannya. Kalau kita tak cuba kita tak tahu kan. At least kita usaha betul tak??


Harga VCO-A Treenea nih murah saja. Semua mampu milik.

RM40 untuk Semenanjung
RM43 untuk Sabah/Sarawak

COD : Kemaman

Post : All Malaysia, RM6 (Semenanjung) RM9 (Sabah/Sarawak)


So sesiapa berminat nak try, boleh order terus dari aku. Ehh tetibe boleh jual plak ekh? HAHAHAA.. Alah saje je nak kongsi. Benda baik tak salah kan nak share2, mane tahu kot nanti korang pon boleh jadi bertenaga sama2. Yang mana dah berumah tangga tu eloookkk sangat kalau nak ambik VCO nih, nanti tiap2 malam korang dah tak katakan "tak nak" pada suami korang. Ehh?? HAHAHAA...
Boleh add fb  http://www.facebook.com/pieqa.saibani and boleh order sana. Kalau nak cepat, boleh mesej di 013-4013664. Mesej je taw senang sebab iolls nih tak reti sikit nak cakap, mesej je reti lah. Heheheheee...harga dah mension kat atas tuh, tapi skunk ada PROMOSI.

2 botol VCO-Antioxidants Treenea pada harga RM75 untuk Semenanjung. Sabah/Sarawak RM80. Free postage uollsss. Cepat2 order sebelum tarikh tutup. Sebab ia valid sampai 7hb Feb 2013 sajoorkkk. Yang duduk area Kemaman boleh COD. Best kan? Nanti boleh la kite kenal2 haha...


Tinggalkan nama, alamat, total order, and no fon. Senang kalau ade pape stok abis ke tetibe senang boleh kontek terus. Okay tuh je setakat nih. Kalau ada yang tertinggal nanti aku update lain eh.




Jom cantik dan sehat sama2 saya..!
Setiap orang mesti ada perubahan, and start 2013 nih aku HARUS BERUBAH!!! Nak tawenn oiii. Gatall  ;-))

Sunday, February 3, 2013

COnteng ujung 2012 awal 2013



Assalamualaikum......

Tup tup dah masuk 2013 kan, and macam biasa aku tertinggal bas sikit nak update nih..kekekee
Bukan apa busy nokkkk...busy nge hal hal keadaan sekeliling aku nih haa
Macam2 lah yang jadik nye. Nak taw ke? mesti korang tak kesah kan hahaha...tapi aku nak korang kesah jugak. Lantak ahh nak baca ke tak..kuikuiii 

1. Banjir oooo banjirr

Banjir terkujat namanya. Yelah dah lama kot tak banjir besar macam ni. Tak silap aku dulu banjir besar camnih time aku budakkkkk lagii, baby lagi time tu kot kalau tak silap laa. 
Gilaa laa baq anggg. 25hb/12/2012 tu air still tak banyak lagi, stakat jalan nak masuk kampung je yang tenggelam. Hujan tak yah cakap ahh, hari2 hujan tak berenti. Sekali bangun pagi 26hb tuhh, perrrghhh terkujat aku. Bangun cepat2 nak pergi mandi niatnya, sekali tengok luar air dah tenggelam kan tangga yang first (dari bawah). Aku dah cuak. Pikir camner aku nak ngarung air nak gi kerja nih. Aku termenung sambil tongkat dagu kat berandah. Ayah aku dah tengok aku gelabah ayam, sound 'tak yah gi kerja lah. Cakap bos rumah dah naik air.' Mane taknya, kalau rumah aku dah naik sampai tangga, maknanya rumah yang lain2 dah tenggelam lamaaaaa daahh. Sebab kawasan rumah aku adalah kawasan paling tinggi dalam kg aku. So pikir lah sendiri rumah2 kat kawasan bawah2 ea. Bila ayah dah sound camtuh, aku apalagi tak pergi keje lah jawabnya. Kan anak perempuan wajib dengar kata ayah dia kan, kang langgar kang lain plak jadik nye nanti. (kalau dah malas tuh, alasaannnn adee ajerrr)



See. Nih kat kawasan tangga. Si budak tecikk tuh suka sangat lah dapat naik sampan. Terkinja kinja nak main air, at last dapat jugak. Gambar tuh petang 27hb, baru dapat naik. kahkahkahhh. Kesian. Tak pelah, asal jangan nanti bagi main air benda yang buruk jadik sudah lah. "Biar anak nangis sekarang, jangan esok2 mak yang nangis". Kata pepatah arwah mak aku dulu.


2. Kemas rumah

Pergghhh. Memang kencing manis aku duk mengemas rumah. Dah banjir katenya, memang berbulu je la tengok kawasan rumah bersepah dengan sampah sarap. Nasib abang2 aku dapat roh rajin time tuh, tak delah aku sengsorang buat keje kan. Pfttttt.. penat nye toksah cakap ahh, fenaaaaaattttttttttt gilerrr. Sampai sakit pinggang tahu!!!


3. Kenduri tawen. Ehh! silap..kenduri doa selamat lerrr

Pasal kenduri nih lah yang membuatkan aku double fenat. Penat sambung kemas atas rumah plak. Tahun nih kitorang ubah pemandangan sikit, letak tikar getah satu rumah. Dalam bilik taklah. Gila ke, nak letak kat ruang depan pon sowg2 dah macam apa je aku tengok, tercungap2 sambil terjelir2 kahkahkkahh..Tapi best lah, dapat kumpul ramai ramai. Kakak2 aku tuh jarang balik kampung, bila sorang2 balik nak runtuh ler dibuatnya rumah tuh. Riuh rendah. Tapi kalau ada mak mesti lagi best kan. ;-(( Selalunya orang yang paling excited nak tunggu anak2 balik adalah beliau. Tapi skunk semua nye dah berubah. Totally. ;-(( Harap harap kami dapat kumpul di sana nanti. ;-(((((


4. VCO Antioxidants

Ahaaa..apakah ia?? hehee...skunk aku dah terjebak dengan perniagaan online. Alah kecik2 je. Berniaga apa tuh nanti aku buat khas 1 entry ye. Hehehee..tapi jangan salah faham, blog nih tak dijadikan medan untuk berniaga pon, sekadar nak promote2 sikit jerk..ahaaakkk dasar kauuu. Aku tahu blog nih tak pemes, tak de org nak baca pon. ;-( Hahaahaaa..motif sangat nak raih simpati orang kan. Sepak taw laa..




Nih sekadar intro saja. 
Virgin Coconut Oil Antioxidants Treenea. Salah satu produk kesihatan + kecantikan jugak. Best okay produk nih, 2 dalam 1. Tak payah nak susah2 ambik banyak2 produk. Dengan produk ini sahaja ia dapat menjaga dalaman kita seperti jantung, kencing manis dan juga kawalan kolestrol dan ia juga dapat mencantikkan kulit seperti membuatkan kulit kita tidak kering. Base produk nih adalah minyak kelapa dara okay, tanya nenek moyang kita pon dorang tahu apa kelebihan minyak kelapa dara.  Minyak kelapa dara memang minyak terbaik dunia. Percayalah. Nak try?? tak mahal pon rm40 sahaja sebotol untuk Semenanjung dan rm43 untuk Sabah/Sarawak. Tapi skunk ada promosi, rm75 untuk 2 botol, rm80 untuk Sabah/Sarawak. Free postage lagik. Oouhh super best nih. Cepat2 sebab promosi nih valid sampai 7hb/2 sahaja. And PALING best adalah, sesiapa yang duduk area Kemaman dapat COD terus dengan saya. Tak payah nak post2, jimat kan? tapi kalau nak post pon takde masalah. Ihiikkkk. Saya sedia berkhidmat giteww. ;-) Kalau nak order boleh mesej saya di 013-4013664 and  boleh add fb saya, boleh order sana jugak kalu nak  http://www.facebook.com/pieqa.saibani



Nanti InsyaAllah ada masa aku buat 1 entry khas pasal VCO nih okay. Tungguuu....
Marilah sama-sama kita buat perubahan diri. Ayuuhhh jangan tidur lagi. Ihiikk







p/s : kejap aku, kejap saya..ehhh aku sendiri pon tak paham haahahaaa.....