Thursday, August 30, 2012

Peristiwa yang akan di ingat sampai ke mati ;(


Waktu kejadian : 210pm
Tempat kejadian : Lepas trafic light taman permai jaya depan 7e
Tarikh dan hari kejadian : 30/8/2012, Khamis

Tak tahu nak start citer dari mana. Hati berdebar tu sampai sekarang masih belum reda kot. Time kejadian tu Tuhan je la tahu hati aku nih macamane, rase nye kalau ade lubang agaknya hati aku nih boleh terkeluar kot sebab kencang sangat berdebar.

Mulanya macam nih, biasa2 aku memang akan balik rumah tengahari sebab nak balik masak untuk ayah adik beradik aku suma. Nak dijadikan cerita, tadi aku pergi keje lambat dalam pukul 2 baru nak gerak dari rumah sebab mak sedara aku datang. Oleh sebab aku kena hantar borang pertukaran alamat office ke MOF, aku lalu jalan depan. Biasanya aku gi kerja lalu jalan belakang sebab lagi dekat, tapi nak ke MOF aku lalu jalan depan sebab lebih dekat. 

Bila sampai trafik light depan taman permai jaya (sebab lampu merah jadi kena berhenti), aku ade terperasan ade 2 orang lelaki duduk sebelah aku naik moto. Sorang kurus yang lagi sorang gemuk, pembonceng adalah yang gemuk. Kereta tak berapa banyak sangat, dalam 3 buah je kot. Bila dah lampu hijau aku jalan lah, macam biasa aku akan bawak dalam 100km/j sebab dah lambat dan biasa2 memang aku bawak laju pon. Huhuuuu...

Tetiba hati aku terdetik nak tengok side mirror. Aku pelik sebab moto tadi tetiba dekat ngan moto aku. Tanpa ade syak wasangka, dalam 2 saat lepas tuh aku rasa tangan aku di sentuh seseorang. Bila aku toleh ke kanan, aku terkejut giler sebab laki 2 ekor tadi duk himpit aku dengan tangan si laki gemuk duk seluk nak ambik beg aku yang ada dalam raga. MasyaAllah...masa tuh aku dah blurr. Bila aku nampak tangan budak tuh, tangan kiri aku otometik pegang beg aku sebab tak nak bagi budak tuh ambik. Nasib baik tangkai beg aku dah siap2 selit bawah beg masa nak pergi tadi. Kalau tak mesti budak tuh dah berjaya ambik beg aku. 

Ya Allah...lega sangat tak de pape berlaku. Aku bersyukur sebab aku tak cedera, di buat nya budak tuh tendang moto aku ke ape kan tak nye aku jatuh tergolek kat situ. Bersyukur sangat2...alhamdulillah. Bila dah terjadi macam tu, aku tetiba teringat cerita kat paper tadi tentang budak pompuan kena tetak tangan angkara peragut nak ragut beg. Memang kejam dah orang sekarang, nak duit punya pasal sampai sanggup nak bunuh orang bagai. Aku syak yang nak ragut aku tadi mesti budak tu mat gian or memang budak yang memang bodoh nak mampos. Tak kira benda tu halal haram asal ko dapat sudah. Ni kalau aku citer kat abg2 ngan ayah aku memang dorang hangin je nih. Mau nye dorang tak kasik dah aku naik moto g kije. Takut ooiiiiii...dunia sekarang memang dah tak aman. Tak kira lah ko pompuan ke laki ke, malang tuh memang sentiasa tak berbau.

So kepada orang di luar sane especially kepada girls, tolonglah berhati2 k. Nak2 yang naik moto tu, tolong lah ambik pengajaran dari cerita aku ni.

First, JANGAN LETAK BEG OR BARANG BERHARGA DALAM RAGA MOTOR/SEBELAH SEAT PENUMPANG BAGI YANG BERKERETA. Kalau boleh letak lah di tempat yang orang tak nampak. Untuk yang penunggang motor, better pakai beg yang ade tali panjang so boleh silang and sorok dalam baju sejuk. Lebih selamat. Untuk yang berkereta, boleh letak kat kaki penumpang. So peragut yang bongok tuh tak kan nampak beg korang kat sebelah. Jadi kereta korang pon selamat gak daripada di pecah cerminnya.

Second, JANGAN LALU DI JALAN YANG TAK RAMAI SANGAT ORANG LALU. Kes aku nih maybe takde orang sangat tadi so dorang senang nak buat keje dorang. Biasa ramai je lalu situ, mungkin tengahari kot, dah pukul 2 pon ya. Semua dah ade kat ofis memasing agaknya.

Third, LETAK HANDSET DALAM POKET SELUAR. So kalau terjadi pape, korang boleh telefon sesiapa sebab fon korang selamat. Lagi elok duit/ic/kad atm/lesen asingkan dari beg duit. Letak kat tempat kad 2 lagi elok and letak dalam poket. Bagi peragut sentap sikit bila tengok beg korang sebenarnya takde duit langsung. Padan Muka!!



Tapi yang lebih penting, andai terjadi apa2 lebih baik anda jangan melawan sebab berkemungkinan dorang mengasari anda lebih tinggi. Kalau korang main tarik tarik beg memang dorang tak teragak2 nak sentap and tolak korang kasi jatuh. Ye lah, bila dah nafsu naik ke kepala memang tak boleh pikir dah yang mana baik yang mana buruk. Janji dorang dapat apa yang dorang nak sudah. Biar korang dah berdarah darah pon, dorang pedulik apa kan. Orang tua pon dorang takde belas kasihan nih kan pulak korang yang muda jelita kan. Eh sempat lagi jelita eh?hahaaa....





So, berhati hati di jalan raya. Sementara dah ingat nih baik buat terus, lama-lama jadi tabiat. Jangan dah terkena baru nak beringat time tuh ape pon dah tak boleh cik kiah oooiiii..(cik kiah tiada kena mengena dengan yang hidup ataupon dah meninggal dunia)



K bye!!




Wednesday, August 29, 2012

Oh My Inggeris!!



Sometimes i don't understand why people (especially bloggers) need to write in English meanwhile they are Malaysian. I know they are famous (not all) but is it important to them speak (in writing actually) in that language?? Why? Is it foreigners read their writing??Ouuhhhhh...

Is that i'm jealous..Oouuhh pleasseeeeee laaaaaaaaahhhhhhhhh!! Tak kose acik nak jeles okeeeyy..
Yaahh i mengaku i'm not very terer to speak even writing in English. Sometimes when i watched my favourite program, in general there must be a subtitles to make me more understand. Yah, that's me!!
Ouhh shame!!!!!!!!!!!

When i blockwalking (i'm silent reader okayy), i usually prefer to read a English writing blog because for me they are sooooooooo terrorr!! and i very impressed to them becoz they well-to-do (writing,speak...) in that language (bagi aku yang that bahasa are so susah nak belajar dan fahami, dari dulu lagi ok)
Kadang-kadang datang terdetik kat hati "why i cannot be like them?? Why i not perfect dari segi writing,read, and of course speak in English?" dapat cakap pon bagi aku dah sangat bersyukur sangat. Ada tu nak buat ayat yang simple pon terkial2 nak gugel translate. Ouhhh whyyy haa???? Nak kata aku tak belajar dulu, tak pernah ponteng okay. Nak kata salah aku terlalu lembab or layu sangat untuk menerima sesuatu tu aku rasa aku tak la lembab no. Okay je kot. Dulu bila dah habis belajar (universiti), aku pernah terfikir nak ambik kelas tuisyen for improve my English. Tapi malu plak rase nya nak pergi, ye lah dah tua bangka baru nak gi belajar, nanti apa plak orang or cikgu tusyen tu cakap kan. Mesti student yang amik kelas tu budak2 tadika yang baru nak kenal apa itu bahasa inggeris. Ouhhhh susah nya tak pandai Inggeris nihhh..



So what can i do??????????????



Oouuuhhhhh My Inggeriss!!!!!



One more thing is i always 'terkial-kial' dalam memikirkan word in b.i, kalau buat karangan especially. Perrgghhh nak mikio nye satu hal. Bukan malas nak check in dictionary but tak kan lah kita nak usung sana ke mari kamus 2 ye dak. Berat seyhhh, tak koseeee taw.

If you'll have a same problem like me, why not if we try this step to increase our vocabulary. Just a simple step i guest. I took that in 'Oh My English' page in facebook.



So, enjoy!!





p/s : Tengah rajin baca novel English sebab nak pandai speaking katenya...Tak salah kan nak improve kan diri, dah tahu lemah rajin2 kan lah diri tu untuk usaha kasi tidak lemah. Keep it up!! I know i can do it like others...harap2 lah kerajinan nih kekal sampai bila2...kuikuikuiii



Tuesday, August 28, 2012

23?kawen?tak cayee...


Tanggal 25 Ogos 2012 genap la umur ku 23 tahun. Ya, saya dah 23 tahun ye. Mane mane yang ingat aku muda lagi tuh sebenarnya i dah 23 k. TDDMKA.
Thanks la mane2 yang wish my beday tu, sampai ke arini pon ade lagi yang wish..ouhhh terharu betol ahkak. Padahal tak de orang ingat pon, sebab tu sampai ke arini wishnye. hahahaa. Alah aku tak kesah pon, wish ke tak yang penting aku dah semakiiinnn tua..tua ok!!!oohemmmjiii...
Yang si kakak aku sebok wish kat fb siap cakap tak boleh kawen lagi sebab tak matang lagi...ouuhhh apakah iniii??


See see?? siap 4 orang lagi yang like..Abis lah aku macam ni, tak kesampaian lah nak kawen pada umur muda..kahkahhh..gedikssss sangat nyahh.

Tapi macam dah jadi kewajipan plak ekh, kalau wish beday mesti akan cakap "bila ko nak naik pelamin?" "ko bila nak kawen ni,umur tu bukan makin hari makin muda." 
Tak kose taw aku nak menjawab soalan yang sama. Cuba lah tanya bila nak kaya ke, bila nak pakai audi ke,,ha kan senang aku nak jawab. Tak de lah aku lama nak pikir jawapan kan. Huhuuu

Tapi skunk dah ramai dah kawan kawan aku kawen/tunang. Lepas raya hari tuh berapa ramai, yang kawen dah 5 orang, yang tunang sorang. Tuh lepas raya, yang sebelum2 dan lepas2 nih tak kira lagi tuh. Nih aku baru dapat tahu my bestest fren plak nak kawen tahun depan, bulan 5 (InsyaAllah). Nih kawan aku masa U dulu. Macam tak caye pon ade dia dah nak naik pelamin. Oouhhhheemmmjiii lagiii. Bila attend dorang nye majlis mesti akan tanya diri sendiri, camner lah majlis aku nanti ekh??sempat ke tak nih..huhuu sedih bunyik nye. hahaha. 

Aku bukan tak nak kawen skunk or takde calon lagi, tapi banyak benda ooowwww nak kena pikior. Semua tu memerlukan duit yang banyak. Baju, makanan, kanopi, goodybeg, hantaran yang nak diberi kepada pihak lelaki, ehhh banyak lah senang citer. Cincin ngan gelang emas tuh jangan lupa. Hahahaa. 

Ha??bak orang ganu kata, "dok dang mikir wase.." bukan senang nak kawen taw. Nak masuk toilet pon bukan senang, tak de 20sen no entry ye!! Bagi aku lah kan, nak kawen susah, kehidupan lepas kawen lagiii susah.  Jangan ingat kawen nih pasal nafsu je, banyak benda nak kena ready. Tanggungjawab lepas kawen lagi berat berbanding hidup single. Senang citer jangan main2 dengan tanggungjawab yang telah Tuhan tetapkan kat kita sebab semua tu akan di soal di akhirat kelak. Haaa takut tak bunyi??heheee..lepas kawen mula2 hidup berdua lepas tu bertiga, berempat,berlima plak. Kalau tak ready terutama dari segi kewangan baek lupakan saja niat nak berumahtangga ya. Tanggungjawab dan amanah itu yang akan ditanya di sana nanti. Jangan maen2 ye!!


 **************************************************************************


Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.


 
*********************************************************************
 
Betul sangat lah tuh apa yang Prof Fauziah nih cakap. Aku sokong 140%. Jumpa dulu famili bakal suami/isteri dulu, kalau dah agak2 serasi buat plak solat istikharah. Mungkin apa yang kita suka Tuhan tak suka. Tak boleh jugak camtu, senang citer semua perlu keredhaan dari famili dan yang penting kat atas tuh. Keberkatan dari Allah s.w.t dan ibubapa sangat penting bila hidup kat atas muka bumi nih, baru kebahagiaan tuh dalam genggaman kita InsyaAllah. Ni bukan auta tapi FAKTA!!!






p/s: Dah macam makcik2 plak blog nih kan?membebel je.....eh ni peringatan taw,ishh memain plak dia. Peringatan untuk si penulis sama ;-) 



Monday, August 27, 2012

Bunga-Bunga Cinta....



By: Asmirandah feat Dude Harlino
OST dalam Mihrab Cinta





Asmirandah:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Asmirandah & Dude:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Asmirandah & Dude:
Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta


Hati ada lidah,boleh rasa...



Senang berbicara
Mudah tunjuk jari telunjuk
Angkuh lidah gerakannya
Semua berkaitan dengan automatis

Sesaat hati terasa
Ada lidah kah?
Kenapa hati?
Kenapa tidak limpa,jantung mahupun apendix
Semua masih berfungsi pasti

Kadang endah
Kini makin tinggi suhu
Cisss..tidak tahan sudah
Cengeng atau perlu itu?
Buat tak tahu tapi temperature itu mengganggu
Mudah di rasa nampak bacaan mungkin

Termometer itu buang jauh jauh
Hiraukan....
Usah pandang,pegang jangan
Bekukan cecair itu kembali
Itu pasti dari hari ke hari












p/s : Tahu makna coretan di atas di taip??? ye....hati aku ada lidah, deria rasa kuat mainkan peranan




Thursday, August 16, 2012

Kagum..siyes!!



Sedih sobbsssss...
Sepatutnya ahkak cuti hari ni, tapi bos cakap ade PO nak masuk..ate kene kije balik lah kita. Tapi still ade berita gembira di mana sekerat ari saje yoo!! Yuhuuuu...menyoping lah kita hakhakk
Tak sedar diri duit dah kering still lagi ade nafsu nak soping ini makcik.

Kan dah cakap kat post hari tuh yang ada lagi benda tak setel. So kita setel kan lah hari ni. Ate nye esok nak kemas umah, mane ade mase lagi nak kuar soping kan. Tak koseee acik nak kuar kalau dah ade nafsu nak mengemas bagai. Badan dah peluh peluh..pppffffttttt tak kose!!

Ada penambahan barang yang nak di beli selain ayah punya baju. Aku nak beli alas meja daa. Dah lame dah niat nak beli, tapi taaaak nye beli beli. So dah raye nih, kita tunai kan terus lah ye. Sukkoooo =D
Ingat nak beli yang kain nya macam getah tuh, lepas tuh alas pulak atas nya dengan plastik yang transparent tu. Ye lah kalau tetamu tumpah kan lauk or air ke, tak lah kotor kan kalau ade plastik tuh. Dah la aku tak sahur pagi tadi, tak tahu lah larat ke tidak nih. Tawakal saje lah ye. Aku rase ok je kot nanti, bukan nya baru stat pose pon kan tak larat bagai. Ohver lah ko kalau nak pengsan dah ujung2 pose nih. Buat malu je. Macam pepatah orang-orang tua dulu, "ALAH BISA TEGAL BIASA". Ecewaaahh...ate nye dah ujung2 nih, perut pon dah kebal la kate ko!!

Langsir dah setel uoollss. Cuma kat dalam bilik ngan dapur je belum. Tapi lega lah jugak kat ruang tamu dah setel. Cuma belum lap2 lagi mane yang berhabuk tu. Esok lah niat nya. Harap2 menjadi..hakhakkkk =D

Ce korang tengok video nih. Kagum gila aku first2 tengok. Hebat ouuhhh pompuan nih. Jap ea aku kasi tunjuk.



Terukir di bintang (Yunalis) by Keesamus. Dia nih orang thailand uollss tapi pandai nyanyi dalam bahasa kita. Hebakk ooouhhhh!! Tapi paling aku suka dia nyanyi lagu nih.



Ya Sudahlah by sape aku tak tahu kahkahh. Tapi yang pasti nya lagu indon, alah yang dalam citer Nada Cinta tu. Tak tahu lah kan kalau si Randi Panggalela tuh yang nyanyi. Idokk lah ku tahuu..Tapi siap pakai jersi Malysia tuuhh. Tabik betul kat dia nih.

Yang nih pon aku suka gila. Mula nya aku tak tahu pon lagu nih wujud tapi kan bila dah dengar dia nyanyi  aku terus search penyanyi sebenar. Kahkahkahhh..teruk betoll perangai.


Bunga bunga cinta by Asmirandah and Dude Harlino. (Baru tahu nih by sape, kalau tak hareemm haha)



Banyak lagi lagu yang dia nyanyi. Nak tengok lagi pergilah ke youtube sane kahkahh. Atee..tak kan ahkak nak letak semua kan. Ni blog aku taw, hahaa..kejiii




Okay bye!!



Tuesday, August 14, 2012

Hati gelisah... ;(



Assalamualaikumm....
Hari nih dah masuk hari Selasa dah bersamaan 25 Ramdhan 1433 H. Kejap je masa berlalu kan. Rasa nya baru semalam duk post esok puasa hahahaa..Amacam persiapan raya korang dah setel ke?
Aku?? Tanya aku ke, aku baju raya sume dah setel, cuma baju ayah je belum di beli lagi. Duit gaji dah licin dah haa acaner tuu..
Aku sepasang je tahun nih, untuk raya ke 2 akak aku dah beli dah kain nya, baju nya dah siap pon. Lega rasa nya dah setel. Anak buah aku yang pompuan ngan laki tuh pon dah setel. Bapak masing masing belikan. Senang keje ahkak. huhuuu...Untuk kelengkapan umah dan dapur pon dah setel. Siap ada sudu raya lagi uollss. Punya lah semangat den nak raya, sudu pon beli. Siap sudu yang gantung2 lagi, barulah cantik dan vogue kate ko..!! Yelah yang lama sume tangkai nya dah karat, ate nye malu lah nak hidang bagi tetamu makan, ye dak?? Untuk langsir dah setel lama, cuma belum digantung lagi. Ffuuhhh..tuh pun satu hal. Sape lah nak tolong nanti tu.

Cuma ada 2 benda lagi tak setel..haa ceteka?? Ahh, macam lah ade orang kesah hahaha. Rasa nya benda nih lah yang paling penting sekali, tapi aku duk wat endah je. Kueh raye uoollsss!!! Haa...acano lah nanti ni kang, tetamu nak dihadapkan ape lah ni nanti. Aku ingat nak beli kerepek2 je.Ye lah zaman sekarang nih kueh raya bagi aku mane orang nak pandang dah. Kalau makan pon yang kita buat sendiri je. Biasa aku menyirap je nak jawab tetamu2 yang datang, mesti tanya nih buat ke beli? Daahh, mesti aku tersengih2 macam kerang busuk duk jawab "kueh tunjuk je kiahhh oii". (Kiah tiada kene mengena yang hidup atau sudah meninggal dunia). Orang dah hidang tuh makan je lah kan, perlu ke tanya macam tuuh. Apa motif dorang ekh? Nak tahu anak dara orang rajin ke tak letteww. Macam lah anak teruna dorang ensem sangat.Kuikuiikuii...

Biasa biasa kat umah aku nih kalau hidang kerepek2 mesti akan licin. Nak nak yang ada rasa macam cekedis tuh, memang sesaat je lah dah kosong balang tuuh. Tapi bukan tetamu yang makan, abang2 aku yang makan..Derrrrrrrrrrr
Lagi satu problem yang tak setel lagi adalah...........
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


DUET RAYA DAAA..

Huhh..jangan salah paham ye, bukan bermasalah dengan bank duet dah habis or tak sampai lagi ke ape. Tapi duet gaji aku udah licin daa..Acano tuh, mintak doa banyak2 bos bagi gaji esok atau lusa. Dah lah anak buah ramai, sudahh kalau dorang duk ulur tangan aku nak bagi ape derrrrrr????
Rumah pon belum di kemas lagi. Apa pon belum sentuh lagi..Haaaaaaaa mau nangis macam nih. Dah lah berhabuk, berselerak tak yah citer lah kan, nak2 kat bahagian dapur kering, perrrgggghhhh mahu kene heart attack ahkak kowang macam nih. Padan muka, awal awal tak buat, biler dah last minit mula la nak cakap kena heart attack bagai. Dasar pemalassss ini budakk!!






Teka lah tema kaler baju raya ahkak kaler apa tahun ni..huhu..bajet ade orang kesah..gassaaakkkk