Thursday, August 30, 2012

Peristiwa yang akan di ingat sampai ke mati ;(


Waktu kejadian : 210pm
Tempat kejadian : Lepas trafic light taman permai jaya depan 7e
Tarikh dan hari kejadian : 30/8/2012, Khamis

Tak tahu nak start citer dari mana. Hati berdebar tu sampai sekarang masih belum reda kot. Time kejadian tu Tuhan je la tahu hati aku nih macamane, rase nye kalau ade lubang agaknya hati aku nih boleh terkeluar kot sebab kencang sangat berdebar.

Mulanya macam nih, biasa2 aku memang akan balik rumah tengahari sebab nak balik masak untuk ayah adik beradik aku suma. Nak dijadikan cerita, tadi aku pergi keje lambat dalam pukul 2 baru nak gerak dari rumah sebab mak sedara aku datang. Oleh sebab aku kena hantar borang pertukaran alamat office ke MOF, aku lalu jalan depan. Biasanya aku gi kerja lalu jalan belakang sebab lagi dekat, tapi nak ke MOF aku lalu jalan depan sebab lebih dekat. 

Bila sampai trafik light depan taman permai jaya (sebab lampu merah jadi kena berhenti), aku ade terperasan ade 2 orang lelaki duduk sebelah aku naik moto. Sorang kurus yang lagi sorang gemuk, pembonceng adalah yang gemuk. Kereta tak berapa banyak sangat, dalam 3 buah je kot. Bila dah lampu hijau aku jalan lah, macam biasa aku akan bawak dalam 100km/j sebab dah lambat dan biasa2 memang aku bawak laju pon. Huhuuuu...

Tetiba hati aku terdetik nak tengok side mirror. Aku pelik sebab moto tadi tetiba dekat ngan moto aku. Tanpa ade syak wasangka, dalam 2 saat lepas tuh aku rasa tangan aku di sentuh seseorang. Bila aku toleh ke kanan, aku terkejut giler sebab laki 2 ekor tadi duk himpit aku dengan tangan si laki gemuk duk seluk nak ambik beg aku yang ada dalam raga. MasyaAllah...masa tuh aku dah blurr. Bila aku nampak tangan budak tuh, tangan kiri aku otometik pegang beg aku sebab tak nak bagi budak tuh ambik. Nasib baik tangkai beg aku dah siap2 selit bawah beg masa nak pergi tadi. Kalau tak mesti budak tuh dah berjaya ambik beg aku. 

Ya Allah...lega sangat tak de pape berlaku. Aku bersyukur sebab aku tak cedera, di buat nya budak tuh tendang moto aku ke ape kan tak nye aku jatuh tergolek kat situ. Bersyukur sangat2...alhamdulillah. Bila dah terjadi macam tu, aku tetiba teringat cerita kat paper tadi tentang budak pompuan kena tetak tangan angkara peragut nak ragut beg. Memang kejam dah orang sekarang, nak duit punya pasal sampai sanggup nak bunuh orang bagai. Aku syak yang nak ragut aku tadi mesti budak tu mat gian or memang budak yang memang bodoh nak mampos. Tak kira benda tu halal haram asal ko dapat sudah. Ni kalau aku citer kat abg2 ngan ayah aku memang dorang hangin je nih. Mau nye dorang tak kasik dah aku naik moto g kije. Takut ooiiiiii...dunia sekarang memang dah tak aman. Tak kira lah ko pompuan ke laki ke, malang tuh memang sentiasa tak berbau.

So kepada orang di luar sane especially kepada girls, tolonglah berhati2 k. Nak2 yang naik moto tu, tolong lah ambik pengajaran dari cerita aku ni.

First, JANGAN LETAK BEG OR BARANG BERHARGA DALAM RAGA MOTOR/SEBELAH SEAT PENUMPANG BAGI YANG BERKERETA. Kalau boleh letak lah di tempat yang orang tak nampak. Untuk yang penunggang motor, better pakai beg yang ade tali panjang so boleh silang and sorok dalam baju sejuk. Lebih selamat. Untuk yang berkereta, boleh letak kat kaki penumpang. So peragut yang bongok tuh tak kan nampak beg korang kat sebelah. Jadi kereta korang pon selamat gak daripada di pecah cerminnya.

Second, JANGAN LALU DI JALAN YANG TAK RAMAI SANGAT ORANG LALU. Kes aku nih maybe takde orang sangat tadi so dorang senang nak buat keje dorang. Biasa ramai je lalu situ, mungkin tengahari kot, dah pukul 2 pon ya. Semua dah ade kat ofis memasing agaknya.

Third, LETAK HANDSET DALAM POKET SELUAR. So kalau terjadi pape, korang boleh telefon sesiapa sebab fon korang selamat. Lagi elok duit/ic/kad atm/lesen asingkan dari beg duit. Letak kat tempat kad 2 lagi elok and letak dalam poket. Bagi peragut sentap sikit bila tengok beg korang sebenarnya takde duit langsung. Padan Muka!!



Tapi yang lebih penting, andai terjadi apa2 lebih baik anda jangan melawan sebab berkemungkinan dorang mengasari anda lebih tinggi. Kalau korang main tarik tarik beg memang dorang tak teragak2 nak sentap and tolak korang kasi jatuh. Ye lah, bila dah nafsu naik ke kepala memang tak boleh pikir dah yang mana baik yang mana buruk. Janji dorang dapat apa yang dorang nak sudah. Biar korang dah berdarah darah pon, dorang pedulik apa kan. Orang tua pon dorang takde belas kasihan nih kan pulak korang yang muda jelita kan. Eh sempat lagi jelita eh?hahaaa....





So, berhati hati di jalan raya. Sementara dah ingat nih baik buat terus, lama-lama jadi tabiat. Jangan dah terkena baru nak beringat time tuh ape pon dah tak boleh cik kiah oooiiii..(cik kiah tiada kena mengena dengan yang hidup ataupon dah meninggal dunia)



K bye!!




No comments:

Post a Comment