Wednesday, September 3, 2014

Alhamdulillah..i'm already taken!



Tu diaaa. Bila dah mood rajin meresap sampai 2 entry sekali up.
Bagus jugak sebab takut peram lame sangat nanti sel sel otak aku terputus susah pulak nak ingat sume benda. Gitewwww kekdahnyakan.


Baca pada tajuk mesti korang ingat aku dah kawen ke ape kan. haha
Takdelah. Aku cuma bertunang aje. Tajuk mesti kena gempak baru korang nak baca kan kan kan.


Pada awal perbincangan, asalnya tak nak pon tunang tunang ni. Si pumpkin just nak datang merisik je.
Tapi entah macamane, tertunang pulak.
Panjang cerita sebenarnya, tapi aku malas nak taip sebab memang.............malas ah. hahaha
Bukan ape. Malas nak ingat perkara yang serabut pale otak ni.
Bila dah ade orang yang masuk campur ni jadi sume benda jadi clash.
Marah sedih sume ade. Tapi aku wak derk wak piss je sebab taknak bagi nampak serius sangat.
Tapi banyak benda jadi lari dari landasan yang aku buat disebabkan orang lain.
Bukan apa, majlis aku hal aku senang biar aku je yang uruskan. Tak suka lah bila ade orang nak masuk campur ni. Ye lah kita dah ada rancangan sendiri, kalau boleh nak follow de flow.
Tapi tu lah, kita merancang tapi Tuhan yang tentukan kan. Memang betol lah tu pepatah tu.
Bila dah si pumpkin nasihat, kakak2 aku pon ade nasihat sikit baru lah aku redha je lah.
Terima je lah ngan hati terbuka. Nasik dah jadi bubur, kita haap aje lah.
Lagi pon, tunang je pon. Takyah nak beradong sangat bak kate orang ganu.



Huhhhhh..dah2 takmo sedih sedih.
Jom berbalik semula pada cerita sebenar.


Majlis aku buatnya malam raya ke tiga sebab banyak sangat kekangan. Kak Yang kan balik belah suami dia Kuala Berang. Petang tu baru balik kemaman balik. So kenalah tunggu dia sebab Abg Sham yang tukang masak. Kalau tak tunggu dia kekdahnya memang tetamu aku tak makan ler jawabnya.

Menu utamanya laksa ganu kuah masak. Abg Sham memang terer masak masakan ganu, so bagi dia jelah masak. Side menu, laksa pineng. Ni last minit ni ade laksa pineng sebab tahu tahu jelah kak ghan.
Dia selalu pikir makanan tak cukup lah hape lah. Kesudahnya berlambak tak habis. Selalu dia macam tu. Geram haku.

Laksa pineng ni tempah aje ngan makcik buat mee laksa. Mee laksa kitorang beli ngan makcik ni, kebetulan dia cakap boleh buatkan kuah laksa pineng so order aje ngan dia.
Biasa mee laksa ni memang kitorang beli ngan dia. Untuk menu yang banyak laa. Kalau nak makan satu famili je kitorang beli aje yang kat supermarket tu.
Tapi bagi aku tak sedap mane lah makcik ni buat. Mungkin sebab last minit kot jadi tak sedap. #Thinkpositive
Side menu lain macam buah, kueh kueh macam tu je laa. Budak budak kan tak suka sangat makan benda berat. So ade kueh kueh boleh jugak dorang makan.



Ni goodies aku. Cantik tak? Tak pernah lagi kan dapat bekas tingkat macam ni. Dia macam mangkuk tingkat tu, ade 2 tingkat. Beli kat kedai 2 inggit.

Yang ni pon ade satu citer yang buat aku mendidih sangat.
Aku rancang goodies ni aku nak letak bawah apam polkadot kecik kecik tu, atas aku nak letak maruku.
Maruku dah setel awal, kak yang kate nak sponsor. Aku beres je. haha cepat je ko kan bab2 sponsor.
Untuk apam polkadot plak aku tempah ngan sorang kakak ni. Dia ni kawan kak ghan.
Aku dah tempah awal sebulan dari majlis aku. Aku ingat dia ingat laa aku tempah.
Sekali malam tu aku kol dia nak ambik la kan, boleh dia cakap dia tak buat sebab ingatkan tak jadi.
Dia salahkan aku kata aku tak telefon dia semula 2 hari sebelum tu ingatkan.

Eh boleh eaa macam tu?? Aku plak yang salah? Ehh menyirap plak aku.
Patut nya engko yang tukang jual ni lah yang catit dalam buku ade tempahan sekian2, hari ape sume.
Ni pembeli pulak nak kena kol 2 3 kali ingatkan? #Apekejadahsemuani
Haa kan dah kena ngan aku.

Sudahnya pikir punya pikir, kakak aku cakap kita letak kek pisang aje lah.
Potong 2 3 keping masukkan. Nak tak nak aku ikutkan aje lah sebab dah takde inisiatif lain dah.
Huhhhh memang kakak tu aku dah blacklist pon. huhh!!




Ni hantaran belah aku nak bagi belah lelaki. Simple aje. Semua ni buat sendiri. Tema pink pepel tapi pelamin peach pink hahaha belasahhhh
Hantaran si pumpkin bagi aku lupa plak nak snap. Yelah dah lepas majlis mane laa nak ingat.
Ni pon gambar dalm phone je. Gambar kat kamera dslr semua dalam laptop ira. Aku tak sempat plak nak ambik. Gambar fon pon jadiklah ye daripada takde, walaupon tak cantik mane hewheww...



Pelamin buat sendiri. Eh semua pon sendiri lah. Dari A sampai Z. Tak koser aku nak tempah2 nih. Tunang aje katanya, tak payah nak membaziorrr. 
Ok la kan pelamin aku? Takde laa vogue sangat, sekadar nak buat ambik gambar aje.
Ini pon mujur ade, ikutkan aku taknak pelamin pelamin ni. Kak Ghan lah ni nak pelamin. 
Katanya sekali seumur hidup. Huhh ikutkan aje lahhh....

Kusyen yang aku duduk tu aku diy sendiri. Kusyen tu sebenarnya dari kerusi umah aku. Kerusi nya dah dibuang tapi kusyen still simpan. Aku beli kain peach cantik cantik sikit, aku jahit balik atas kusyen tu terus.
Kira sarung baru laa. Cantik jugak kalau tengok depan depan.
Pastu beli manik macam pearl tu aku jahit atas dia, buat macam tabur tabur tu. Ok laa dari kosong je.
Bantal kat belakang tu pon jahit sendiri. Gila gigih aku hahaa



Muka macam tak mekap kan? Mekap pon sendiri jugak. Campur campur air tangan, air tangan kak ghan ngan air tangan aku sendiri. Dalam gambar nampak macam tak mekap sebab mekap natural je. Tapi depan depan okay je. Baju pon simple je. Beli last minit hahaa semua benda nak last minit.
Kebetulan murah rembat terus. Tapi aku musykil kenapa pink sedangkan aku tak suka pink?
Bincangkannn.....




Antara kawan aku yang datang. Yong ngan tunang dia, Nik. Dia pon tunang time bulan Syawal jugak. Tapi aku dulu, dia raya ke berape belas ntah.



Ni sebelum majlis. Lepak lepak kat dapur. Macam kening shin chan dah aku tengok kening aku. Tebal bukan main.



Gambar kelabu asap sekali. Nasiblahh ade sekeping dua. Dalam dslr langsung takde gambar berdua. Sebab gambar berdua dah hujung hujung. Tukang ambik gambar busy makan. haha





Gambar dalam dslr sume cantik cantik. Ater pakai kamera mahal mana tak cantik ye dok.



Okay sekarang anda sudah berdarah manis. Sila jaga diri ye. huhu
Boleh ea darah manis? Ntah pape je





1 comment:

  1. Hah ngata lagi ..kalau bukan ai ni nyah sure makanan x cukup...padahal punyalah berlambak lebih, dgn air teh o sekali x habis hehhee

    ReplyDelete