Tuesday, March 18, 2014

Rokok is Haram!




Hello peeps! How's your Tuesday? Me is okay okay saje.
Ngantuk pulak asyik mengadap pc buat kerja. So selingannya update blog lah walau tak de yang dulik haha..

Korangnye pasangan hisap rokok tak? So lucky lah kalau dapat yang tak hisap.
Mine? Kurang lucky sebab dapat yang sangat kawan rapat ngan rokok. Sigghhhhh
Dah jodoh kan nak buat macamane. Terima jelah kekurangan dia.
Dia tu kalau sari tak dapat rokok, mau gigil satu badan. Demam2 pon still akan hisap rokok.
Yang peliknya, kalau bulan puasa boleh plak tahan kan. Tapi time bukak pose, berlarilah kan.
Tak ubah macam lipas kudung. Apa yang sedap ngan rokok tuh pon tak tahulah.

Orang cakap smoker nih pengotor. Mulut busuk terutamanya.
Yes itu aku tak sangkal, memang sedikit berbau lah mulut smoker nih. Tapi bab pengotor tuh aku keliru sikit.
Pasangan aku nih tak de plak pakai baju busuk ke ape. Tengok kuku pon selalu je pendek.
Pernah time raya gi umah dia beraya, tertengok plak bilik dia sebab pintu terkangkang luas. *percayalah. betol..hahaha... T.T  Takde plak bersepah ke ape kan. Elok je kemas. Takde pon bau bau yang tak menyenangkan.
So tang mana yang pengotornye?
Mungkin sesetengah je kot. Tak semua smoker pengotor.
Ah lantaklahh.


Abang abang aku pon smoker. 3 3 kot. Tengok dorang macam ye pengotor nye.
Tengok tang bilik je dah tahu kan. Hahaha...jahat aku.
Tapi kalau keluar, satu umah bau perfume. Ntah pape.


Pernahlah pasangan aku bagitahu yang dia nak berhenti rokok.
Macam macam effort dah buat tapi still tak jadi.
Aku ade citer kat dia yang abang aku dah berhenti hisap rokok sejak dia guna rokok elektrik tu.
So aku suggest kat dia. Ermm still tak jadi jugak. Maybe die ngelat sebab tu tak menjadi.
Ngelat. Sekali hisap rokok letrik, sekejap kang hisap rokok betol. Macamane nak jadi.
Abang aku memang sentiasa pakai rokok letrik tu. Betol-betol konsisten. Lama-lama dah takde rase nak hisap rokok tembakau.
Sekarang terus stop. Dua-dua dah tak nak. Rokok tembakau pon tak, rokok letrik pon dah tak nak.




Contoh rokok letrik bagi yang tak tahu.


Tapi ade dengar orang cakap rokok letrik nih bahaya. Entah lah aku tahap kebenarannya.
Yang aku tahu dia bagus sebab nikotin rendah. Kalau nak lebih pasti kena buat research lah sikit.
Tapi bagi aku, orang nih sentiasa nak buat spekulasi sebab kalau ramai rakyat Malaysia pakai rokok letrik nih ekonomi negara akan merosot. Sebab salah satu pasaran ekonomi negara kan dari rokok.
So sebab tu lah dorang cakap rokok letrik nih bahaya. Just nak mengaburkan mata-mata rakyat supaya terus membeli rokok tembakau. huhuuu...
Tak pasti lak aku kan citer nih betol ke tak. Dah tak tahu nak percaya yang mana satu. huhuu..
Tak yah pening-pening kepala mikir, tak yah ambik dua-dua lagi senang.
Amal gaya hidup sihat sudah. Banyak lagi kot cabang lain nak naikkan ekonomi negara. Betol tak.
Yang ko membebel ni dah kenapa. hahaha...


Aku nak bagi sikit laa tips-tips cara nak berhenti hisap rokok tembakau ni. Nih dari pengalaman sekeliling aku tau. Bukan auta punye. Saje nak sharing ape yang kita tahu. Tak salah kan. 
Sharing is caring. Caring is loving. Betol tak. hikkksss


1) Cuba hisap rokok eletrik.
Macam yang aku terangkan kat atas tu, memang abang aku dah berjaya berhenti dari hisap rokok tembakau sejak beliau hisap rokok letrik ni. Bau asap rokok letrik nih pon sedap, wangi. Bau dia base on rasa yang kau ambik. Cecair dia tu korang kena beli. So boleh pilih mana yang sedap di anak tekak memasing.
Memang lah mahal sikit, tapi tak salahkan labur sikit wang untuk kebaikan akan datang. Nak berubah ke arah kebaikan nih memang kena berkorban sikit. Sesuatu perubahan tu kekadang memang memerlukan duet yang lebih. Macam nak cantik, kena la beli produk yang bagus. Yang bagus memang lah mahal kan. 
Sama lah ngan kes nih. Cuba dulu. Mana tahu menjadi. Tapi kena konsisten la pakai.
Jangan cekelat macam pasangan aku tu. Yang tu memang tak leh pakai punye hahahaa...
Dalam pada yang sama ia menjimatkan jugak. Cecair dia tu aku rasa murah je. Satu botol rm5.
Tapi bergantung pada korang jugak laa. Kalau selalu hisap cepat la habis. Tapi tak kan laa korang hisap setiap saat kan.


2) Latih diri kurangkan kuantiti dalam sehari
Nak berhenti rokok ni memang susah. Ibaratkan pompuan yang nak berhenti dari shopping. Susah kan? hahaha.. Nak stop on the spot memang mustahil. Kena slow-slow.
Contohnya, satu hari anda mesti wajib ambik rokok satu kotak. Kira satu kotak memang anda champion habiskan 20 batang rokok. Apa kata anda latih diri kurangkan pengambilan dari 20 batang sehari ke 15 batang sehari. Bila dah berjaya 15 batang sehari, tukar plak ke 12 batang sehari. Bila berjaya latih lagi ambik 10 batang sehari. Kena sentiasa kurangkan kuantiti tuh. InsyaAllah lama-lama anda boleh berhenti.
Yang penting kena azam kuat la. Semangat tu yang penting.


3) Makan chewing gum/gula-gula
Haa yang nih aku rasa ramai yang dah try. Kawan aku pon ade try. Asal nafsu rokok datang je mesti cepat-cepat kunyah chewing gum. Mungkin sebab terlalu khusyuk ngunyah dia jadi lupa pada rokok. Takpon mungkin sebab chewing gum tu manis yang membuatkan tak nak kat rokok yang pahit tu. Ehh pahit ke??hahaha..suke2 aku je. Mungkin anda boleh try. 


4) Minta semangat dari kawan-kawan/famili
Haa yang nih penting. Moral support dari kawan-kawan sekeliling/famili. Mintak bantuan dari diorang untuk tahan korang dari ambik rokok. Jangan pulak kalau diorang bagi semangat korang pulak wak derk je. Biasalah kalau dah nafsu datang, segala halangan pon tak endah dah kan. Yang penting semangat dari dalam diri korang tu dulu kena kuat. Letak kan misi yang aku nak berhenti sekian2 tahun. Azam tuh mesti kena ada. Tapi jangan pulak hangat-hangat tahik ayam. Buat betol-betol. Bila tiba-tiba rasa macam nak terkandas, ingat balik azam mula-mula dulu apa. Mungkin dengan imbas balik boleh buat anda kembali balik pada track yang betol. InsyaAllah.


5) Jauhkan diri dari kawan-kawan yang smoker
Yang nih maybe susah sikit kot. Yelah, biasanya kaum lelaki ni suka lepak. Budaya lepak nih memang susah nak berhenti. Kalau berhenti pon sebab lelaki tu kawin. Tapi kalau ade bola bantai je tinggal bini kat umah tengok bola kat kedai mamak. So nak jauhkan diri dari kawan-kawan yang smoker nih solutionnya kawen la hahahaa...*boleh pakai tak agak-agak?



Apa-apa pon caranya, yang paling penting adalah NIAT diri sendiri tu macamane. Kalau betol-betol nak stop smoking, apa cara sekali pon boleh berjaya. Sebab semua benda bermula dari niat. Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau dah niat nak, memang ikut lah tang mana pon mesti menjadi. Betol tak?

So, usaha lah sikit. Usaha kan tangga kejayaan. Apa-apa usaha yang positif insyaAllah Tuhan akan bantu. Tuhan akan bantu pada sesiapa yang usaha. Tapi kalau setakat nak tunggu dari bantuan orang lain, sampai bila pon tak akan menjadi. 





Renung-renungkan dan selamat beramal. ;-)




#prayforMH370



No comments:

Post a Comment