Friday, November 29, 2013

Bidang kerja Oil n Gas



Harini hari jumaat dan harini iolls keje. hukkhukk
Tempat keje dulu keje 5 hari je, tempat keje baru 6 hari ye. Sungguh sadis. Tapi minggu 2,4,5 je keje. Minggu 1 dan 3 adalah cuti. Boleh lah nak gembira pon walaupon 2 weeks je. Takpe lah janji ada kerja, orang lain ada yang still menganggur taw pikahh!!Bersyukur sikit please...


Kalau korang tertanya2 aku kerja dalam bidang apa, meh nak story sikit. 
Okay dulu aku study dalam bidang Physic. Yes sains fizik! Alah time skolah menengah dulu kita belajar time form 4 n 5 tuu. Sape yang amik sains tulen lah yo, kalau korang amik akaun ngan perdagangan tak tahu ape itu Sains Fizik, sila pi gugel sane. Tak kose pulak aku nak terangkan. Kang tak pasal2 ade yang tido. pffftttt..


Mesti korang tengah macam "fuuyoohhhh..fizik tu, macam susah je macam susah je. Mesti kerja gaji gempak nihh cik peeqa gojes." Tapi korang jangan fuyooh dulu, study sahaja dalam bidang Fizik tapi aku kerja dalam bidang lain ye. Ye bidang lain, jangan buat2 terkejut pulak.
Nak buat camner kan, kita tak boleh nak memilih sangat dalam mencari kerja nih, kalau korang memilih tak nak itu tak ini, haaa merasa lah ko tanam anggur sane. Entah masam ke manis tu anggur nye, kalau manis untung2 boleh buat niage, jadi usahawan kayo rayo gitewww. *ape ntah aku melalut...



Bila dah tinggal kat Tengganung nih, apa lagi bidang yang popular. Mestilah tak lain tak bukan iaitu bidang Oil and Gas. Betol tak?? Kalau lelaki, dengar je kerja dalam bidang nih mesti dorang terkinja2 nak apply. Yelah dorang dengar dari side gaji je, side dalam buat kerja dorang tak tahu. Orang yang dah merasa kerja dalam bidang nih ajer yang tahu azabnye. Memang gaji masyuk, aku bagi contoh ea. Welder yang berpangkat tinggi, (aku tak tahu sangat pasal pangkat2 nih, cume aku tahu die ade pangkat je.) Welding darat ngan laut gaji nya berbeza ye. And yes, welder laut tersangattttttttt lah mahal gajinye. Sekali naik (naik kapal) stok 2 3 bulan terus ye, and bila turun darat gaji boleh cecah 10k. Betol ini tak tipu. (base on pengalaman dari abang aku sendiri ye. Aku sikit bangga lah ngan dia sebab die ade skill dalam welding2 dalam laut nih.) Tapi tu lah sayang, dia dah berhenti. I mean dia jadi freelancer welder je skunk sebab ape, SEBAB DIA TAK TAHAN KERJA ATAS KAPAL, TAKDE LIFE. LIFE HANYA KERJA KERJA KERJA AND KERJA LAGI. Sape tahan weh, dah lah dalam tu takde ape. Tempat nak karaoke pon aku rasa takde, yang ada cume mesin2. hahahaa. Balik2 buat benda sama, kerja, pastu tido, bangun makan and kerja balik. 

Sape yang tahan jer boleh kerja lama, sape yang jenis yang tak berapa nak tahan tuh mesti akan quit and jadi freelancer (tak kira lah bidang ape pon, welding tuh aku bagi contoh je.) Aku ramai sangat kawan (biasa lelaki) yang quit kerja atas kapal nih, sebab dorang boring and penat. Dari segi gaji ye memang seronok sebab masyuk and dapat "debok". Yang bertahan tuh biasa nye naik laut dalam 2 minggu. Sebab tu tahan, tapi yang stok naik 3 4 bulan nih yang biasa give up. Tapi yang dah ade family biasa akan tahan laa and terpaksa letak sebagai passion. huhuuu nasib badan. Ikhlas kan jela hati tu, hikmah nye besar jugak nanti. 


Itu dari segi kerja untuk lelaki. Banyak je sebenarnya cabang kerja untuk lelaki, yang atas just aku bagi contoh ye. Kalau nak aku terang satu2 penyudahnya makan penyepak lah korang aku bagi.


Habis untuk gegurl pulak camner cik peeqa?? Sabar2 nak gitaw lah nih.
Biasa bidang untuk golongan wanita nih biasanya base kepada kerja2 dalam opis je. Macam akaun, admin, hq. And bidang aku adalah PROCUREMENT. Mesti korang tertanya2 kan menda alah ape lah tu.

Okay kalau sebut Oil and Gas, setiap company tuh mesti wajib kena ada procurement. Procurement tuh sama macam sales department laa. Buat sales. Jatuh bangun satu company tuh bergantung kepada procurement team ye. Sebab ape, sebab kan aku dah cakap tadi wajib. Kalau takde procurement, sape nak buat sale?? Kalau takde sale camner nak ade income?? Kalau takde income sape nak bayar gaji ko??? And job2 yang masuk tuh team procurement yang kena buat sampai berjaya like tender. Bila masuk tender (masuk tender macam company ko berjaya dipilih untuk handle job berkenaan selepas ko berhempas pulas sediakan tender tu), barulah pekerja2 macam welder,rigger,electrician, blablablablaaa akan menyusul (untuk buat job tu sampai ke sudah)

So skang, aku nak tanya sape yang paling penting??
Haaa tulah..baru faham kan. So lepas nih hargailah procurement team anda. Jangan pandang rendah kat dorang. Ye memanglah bukan 100% job masuk base on procurement, tapi dorang yang process nak boleh ke submit tuh yang kesian taw. Tunggang terbalik, kena marah ngan bos tak kira lagi tuh. Siap pakej kena maki lagi. Ye aku pernah laluinya okayy. Masa tu aku rasa azab sangat, rasa mcam nak quit terus. Tapi bila pikir aku nak duet, aku bertahan dan redha je lah. Hati kena tough. Tapi bukan sume company laa yang tekanan macam tuh, biasa company yang besar lah yang tekanan lebih.

Aku kerja termasuk tahun nih, almost 2 years lah dalam bidang nih. Aku dah lalui macam2, company kecik dah, company besar pon dah. Bila aku dah dapat tekanan yang hebat kat company besar, aku decide nak quit sebab aku dah tak tahan kena maki hari2, macam aku takde perasaan kan. Maybe bos aku tengok aku macam hamster yang cute kot. So aku decide, baik aku kerja kat company kecik je. Tekanan still ade tapi belum stok nangis hari2 laa. Mase aku kerja kat company besar dulu, aku hari2 nangis taw. Curi2 gi toilet lepaskan geram. Bila keluar mesti ade orang perasan muka aku merah. Biasa nya kak mai la yang perasan, die selalu bagi kata semangat kat aku sebab die pon procument jugak. So dia paham apa yang aku lalui. Dia dah kerja 8 tahun kot. Gila sangat bagi aku sebab die bleh survive kat company tu. Siap boleh gugur bagai tau sebab tertekan. Kalau terjadi kat korang camner korang nak buat? Nightmare okay.


Tapi itu semua mematangkan aku. Itu lah namanya pengalaman kan. Dah ade pengalaman macam tu yang buatkan kita senang sikit nak dapat kerja kat mana2. Tapi bila aku dah cerita macam ni, korang jangan pulak takut nak kerja dalam bidang ni. Serius best taw sebenarnya. Kalau kena dengan jiwa and kena dengan company yang syok, nanti korang akan rasa sayang. Percaya lah cakap aku.


Nih aku bagi tips sikit ape yang nak kena ada kalau korang ada keinginan nak bekerja dalam bidang oil n gas. So sebelum pergi interview, pastikan check semua nih dah ade dengan korang k. Dapat ke tak tu terserah pulak kat kemampuan cara ko bercakap dengan  interviewer.


LELAKI (OFFSHORE/ONSHORE)
- CIDB card (onshore/construction)
- OGSP smartcard
- MBOSET
- Niosh (base on bidang korang)
- Certificates yang korang ade berkaitan dengan bidang. Kalau sijil persatuan bulan sabit merah, kehadiran penuh sume tuh tinggal je kat rumah. Takut jadi bahan ejekan. hehe 


Sume kos nak buat mende alah kat atas tu tak tentu ye. Ye kene pakai ongkos jugak. Ingat free ke. Kos sume bergantung kepada bidang korang ye. Tu kena tanya kat niosh sendiri, aku tak tahu. Tapi kalau korang bernasib baik, katakan korang dapat kerja kat sesuatu company without OGSP card contohnya, korang kena buat jugak smartcard tuh sebab nak masuk side korang wajib kena ada. OGSP adalah Oil and Gas Safety Passport. Kalau bos korang baik, korang akan ditaja oleh company korang sendiri. So tak payah lah nak kumpul duet nak pi buat. And OGSP ade tarikh tempoh ye. Bila tamat kena lah renew, bukannye seumur hidup. 


GEGERL (KEJE OPIS)
- Pengalaman kerja of course diorang pandang pertama sekali.
- Kalau korang dalam bidang safety, of course nak kena ada jugak OGSP smartcard.



Tak kira lah korang kerja bidang apa pon, perkara penting mesti kena ada adalah jujur,amanah and ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab di beri. Jangan selalu sangat merungut gaji sikit tapi kerja banyak. Dah dia bos, gaji dia mestilah banyak walaupun kerja dorang goyang kaki je. Kan company bapak dia, sukati dia lah nak goyang kaki ke, korek idung pastu gentel2 lastik kat orang ke kan. heheheee...


Tapi satu je aku nak pesan *ecehhh sape ko nak pesan2
Kalau korang dah jadi bos suatu hari nanti, hargailah pekerja korang. Tanpa pekerja korang tak kan jadi bos taw. Bagi lah dorang bonus sekali sekala tanda terima kasih. Tak semesti bonus dalam bentuk wang ringgit, belanja makan tengahari pon okay. Beli goreng pisang ke petang2, beli cenderahati ke kalau pergi bercuti (bos biasanya akan holiday memanjang sebab dia bos, duet banyak). Bonus dalam bentuk psikologi pon penting jugak. Bukan nak suruh puji depan orang ramai, tapi at least ucaplah terima kasih sebab dah buat kerja dengan bagus. Bila kita buat hati orang gembira dengan memberikan kata2 yang lembut, nescaya orang itu akan mempunyai hati yang tenang untuk buat kerja tanpa sebarang rungutan malah lebih keikhlasan. Untung2 dapat doa yang baek2 dari pekerja. Tak nak ke?? Lagipon tak elok lah maki2 nih, cepat mati pucuk. Ehhh??hahahaaa....





Selamat bekerja kepada semua yang bekerja pada hari ini.




8 comments:

  1. Salam akak..kite dpt smbung degree dlm o&g.but krje offuce kt darat ke?..n gaji masyuk x? X sme mcm offshore ke?

    ReplyDelete
  2. Nak tumpang celah kjp.awk ambik kos apa?huhu.jgn pke gaji masyuk kot.yg pnting skill kerja and pengalaman bnyk.baru boleh gaji masyuk!

    ReplyDelete
  3. time muda dan sebeum kahwin elok la keje off shore,cari duit banyak2,nanti lepas kahwin sayang la tingal bini jauh2..

    visit www.welderreferer.com

    ReplyDelete
  4. perempuan cuma dpt apply kerja di ofis sahja ke cMne

    ReplyDelete
  5. Sy nak tanye btol ker certain company o&g ni ade bwat iklan job vacancy just hanye utk dptkan tender projek?..tp sebenarnyer company tu xdepun nk ambil pekerja tu..dia just kumpul resume org ramai just utk dptkan tender projek..mohon pencerahan

    ReplyDelete
  6. Transformations of the specific hydrocarbons within the catagenetic, weathering etc. zones had been elucidated.
    This information is important in the petroleum exploration as it enables to
    Forecast the type and composition of hydrocarbon fluids. Reservoir Engineering

    ReplyDelete
  7. keje kena ada matlamat baru tak bosan. mcm main game, kalau sekadar main je tp xfhm objektif game tu, mcm bosan juga kan. tp, kalau dah ralek nk naik level and dah pandai pastu nak pandai benda lain plak etc etc. akn jd seronok la. mcm kalau keje offshore ni kn kalau dah mahir sng nk dpt job oversea kn. so aim la, let say 10 thn ni kita conquer merasa kije seluruh asia ke dulu. 10 thn kemudian eropah. then try tmpat lg ekstrem mcm kat antartika ke. kije pulun 3 bulan, then sebulan lg holiday travel bt vlog youtube ke. baru la fun fun fun lol. anyway ad berapa jenis jwtn engineer biasanya dlm company oil gas ni, and apa yg sesuai utk ladies, yg tak pening2 kepala sgt la, dan sesuai utk lone ranger.kekekeke

    ReplyDelete
  8. Apa je lgi bidang yg perempuan boleh masuk selain ofis

    ReplyDelete