Thursday, November 28, 2013

Kenapa ada blog?



Bismillahhirrahmanirrahimm........

Sebenarnya lama dah nak update blog (since teringat diri sendiri ada blog..kihkihhh). Tapi tiap kali ada idea, ada saje yang mengganggu diri ini. Laptop belum onn lah, anak buah tetibe mintak makan lah, hujan kena angkat kain lah (alasan agak2 macam takde kaitan tak?..hahaha) So terpaksalah aku lupakan saja niat nak menulis iteww.


Kepada mereka yang sedang membaca, aku kini berada di tempat keje baru ye. Banyak sebenarnya "benda" yang berlaku dalam hidup aku tahun nih. Bila pikir balik satu persatu, rasa macam rugiiiinyeeeeee. Kenapa lah semua tuh tak boleh di putar balik, rasa macam kenapa aku buat keputusan bodoh tuh. Tapi nak buat camner kan, benda dah nak jadi, aku tak boleh nak salahkan takdir. Aku sendiri yang gatal, so terimalah padah nye. So terpaksalah aku mula balik dari mula dulu (dari segi kuantiti gaji ye), dari segi kerja sama jer. Takde apa yang baru, sume totally same cuma urusan nye sahaja yang berbeza. Of course lah yang ni lebih better dari dulu. I guess and I hope.


Base on the tajuk, kenapa aku ada blog? Nak kata aku nih selalu dapat full mark karangan bm dulu memang tak ahh. Ntah pape je kot karang dulu, main bantai je. Konon orang nak ade blog, ko pon nak ade jugakk pon tak jugak. Kire sesaje je kot.


Kenapa ada blog??

1) Terpedaya dengan kata-kata orang sebelah

Yes. Dulu aku buat blog disebabkan ade orang suruh aku buat. Ye ade orang suruh. Dan orang itu adalah kakak aku. Tapi bukan blog nih, nih blog baru. Yang dulu tuh tak silap aku, aku create tahun 2008 kot tak silap. Aku dah delete pon blog tuh. Post masa tuh pon macam harem je, yelah budak2 lagi kot masa tuh. Tak tahu pape lagi. Masa tuh nak kata excited ade blog tak excited sangat lah. Kakak aku yang excited lebih. Sebab tu la die suoh aku buat sekali, nak kongsi ke'excited'an katanya. hahahaaa..aku sebagai adik yang tidak mahu menghampakan perasaan kakak nye, terpaksa lah buat walau macam tak ikhlas je nak buat. hahhaaa. Tapi waktu tu aku tak pandai lagi blog2 nih, blogwalking memang belum tahu lagi waktu tu. So yang create nye kakak aku lah yang buat. Semua dari A to Z die buat, sampai nama blog pon die yang bagi. Tapi aku lupa dah nama nye ape..huhuu...


2) Tempat meluah perasaan

Kalau korang perasan post2 aku sebelum nih kebanyakkan nye tentang perasaan aku waktu tu. Kira tempat aku mengadu lah senang kira. Aku nih jarang sangat nak kongsi masalah aku dengan orang, dengan kawan baik pon tak. Jenis yang kalau ada masalah suka pendam sorang2 tak nak orang tahu. Kalau boleh sorok sorokkan. Kalau setakat masalah kecik tuh mungkin aku ngadu laa, contoh macam suar dalam ilang ke, terkepit isi kuku masa ketip kuku ke, goreng ikan hancur ke. Biasa aku ngadu kat anak sedara aku yang besar tu lah (Atiqah), tak pon orang2 dalam umah aku. Tapi kalau masalah besar melibatkan orang lain, perasaan marah/sedih/tak puas hati ke biasa aku akan pendam sorang. And kalau aku dah tak tahan sangat baru lah aku luah kan kat blog nih. Dats y lah aku ada blog. Bukan ape, aku tak suka sangat nak kongsi2 masalah aku dengan orang lain. Kita tak tahu kan orang yang kita nak luah perasaan tuh suka ke kita bercerita, ada kerja ke, and kita tahu kot2 dia ada masalh tersendiri ke kan. Sebab aku jenis kalau nak luah perasaan kat someone, aku nak orang tu bagi 100% tumpuan kat aku. Baru aku rasa yakin yang dia boleh setelkan masalah aku. Tapi kalau setakat aku cerita, dia duk main mesej kat phone baik lupakan sajalahhh. (aku penah kena okay, aku benci sangat!)


3) Suka suka 

Suka suka kat sini means saje nak kongsi apa yang kita rasa/ada/buat. Walaupon aku rasa takde orang pon nak baca tapi aku peduli ape kan. Kalau orang nak cakap aku syok sendiri pon aku tak kesah. Sebab aku memang suka syok sendiri pon..wakakakakaa...aku kadang kalau tak kerja (hujung minggu jumaat sabtu), kalau tak kuar berjalan mesti aku akan duduk rumah. Itu ke kerja aku sebab aku memang tak suka berfoya2 sorang2 kat luar walaupon hanya bandar Kemaman dan bukan KL. Sebab aku rasa selamat bila berada di rumah. Right?Gimme five. Kalau ade kawan teman and ade motif dan tujuan untuk keluar baru lah aku akan keluar. Kalau duk rumah kalau tak tengok tv masak makan, biasanya aku akan lepak dalam bilik tengok movie kat lappy or tido. Kihkihkihh..kalau aku bosan and rasa nak menaip benda yang merapu and suka suka, ke blog lah aku akan tuju. Dats why lah aku ade blog.


4) Menambah pendapatan

Haa..selalu orang tulis blog nih nak gain money kan (link ngan nuffnang etc.) Kira nak tambah pendapatan sampingan. Tapi bagi aku, kalau setakat blog cikai and setahun update 5 kali macam aku nih, baik tak payah lah. Lagi pon blog aku nih tak de orang nak baca pon. Sebab aku hanyalah silent reader and tak pernah pon tinggalkan jejak ke apa. Setakat baca and leave.Post aku pon kebanyakkanya pasal diri sendiri jugak. Boring. (Tengok tujuan no. 2 dan 3) Jarang nak post pasal pengetahuan2 nih sebab sedar diri ini kurang pengetahuan. Huahuahuaaa..





Mungkin lepas nih aku akan usaha untuk update selalu (i hope so) Tapi kalau tengok still post yang nih jangan salahkan aku ea. Sebab aku tak janji ape2 pon.Hahahahaaa..tengok atas mood jugak and perasaan waktu tu. Kihkihkihhh....


No comments:

Post a Comment