Tuesday, November 5, 2013

Warkah Berlagu Pilu

Bismillahhirahmanirrahimm....


Banyak yang ingin dibualkan, nak cerita satu satu takut tak tertulis.
Banyak perubahan yang berlaku. Banyak.
Sampai kadang kadang mahu ubah balik apa yang dah berubah.
Tapi kita takde pilihan itu. Takde kuasa itu. Bukan nak salah pada Dia, bukan sama sekali.

Sesekali aku terfikir betapa baik nya Dia bagi kita rasa semua.
Bila dia bagi kita pilihan untuk melalui fasa di mana kita rasa ia baik/bagus pada kita, walhal bila kita berada di situ sebenarnya ia tidak seindah apa yang kita fikir. And yes, it's totally wrong!
Tapi Dia baik, bagi kita pilihan semula untuk memilih fasa yang pada mulanya kita rasa ia sangat tak baik bagi kita, nampak salah. Walhal sebenarnya ia jalan betul dalam hidup kita. Ya.

Dari situ kita belajar bersyukur. Belajar untuk tidak merungut. Belajar untuk tidak mengulangi kesilapan sama. Bagus Dia. Peluang itu sentiasa pada kita, hanya nak atau taknak je.
Dia menjanjikan hikmah yang indah akhirnya, janji kita tabah, sabar dan jujur dengan apa yang kita buat.


"Don't turn back! Close your eyes, ignore negative peoples around you. Take the good things for you, throw the bad things away. Raise your hand and keep pray to God and do your best!!"


InshaAllah. Amen.

No comments:

Post a Comment