Friday, July 18, 2014

Cobaan pertama BerConflakes Madu



Seumur hidup aku, aku tak pernah buat sendiri biskut raya. Kalau setakat tolong tolong tu ade laa. Biasa dalam family aku yang rajin buat kueh kueh raya nih kakak aku ah. Dia bab2 baking ni champion.

Nak dijadikan cerita, my future hasbeng (kahkahkahh gewwdikkk nyewwww) request nak makan biskut cornflakes madu. Dah fabret dia, kalau beraya rumah orang je mesti carik cornflakes madu dulu.
Sebab sedap kan, rangup rangup giteww.
So untuk menampakkan ciri ciri isteri solehah, aku buat laa. Dah future hasbeng yang request kan, mesti lah kena buat. Cuba kalau orang lain, mau nye aku buat. kahkahkahhhhhhh


Nak tahu sendiri resepi memang tak kan mungkin lah kan. So gugel lah aku, catit satu2.
Petang balik keje tuh terus aku beli bahan sebab niatnya malam tu nak buat terus. Eksaited kate ko.
Gigih ni pi beli balang siap. Ye lah, kalau dah buat nye nanti nak simpan celah mane pulak kan.

Rupanya senang je uollssss. Pejam sebelah mata pon boleh lah buat. Berlagak nihh. haha
Bahan-bahan pon sikit, mudah pulak tu nak dapat.


Ni proses sebelum masuk dalam oven. Banyak jugak lah dapat nya sekali buat.


Kome nak resepi nya tak?? Saje lah nak share2 kan. Tapi kalau korang nak gugel pon boleh, nak ubah sikit sikit ikut tekak memasing pon tarak hal. Nih aku just copy dari blog mane ntah, aku lupa.


Bahan A
125 gm butter
1/2 cawan brown sugar
1 cawan madu

Bahan B
Cornflakes (satu kotak terus aku pakai)
1 cawan kismis


Cara-cara :
1) Panaskan Bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masuk Bahan B dan gaul rata.
2) Masukkan dalam oven and bakar pada suhu 170 deg c selama 8-10 minit.


Mudah gila kan? Aku pon tak sangka mudah gila. Lepas lepas nih boleh lah buat lagi. 
Rangup gila uollsss. Siap future hasbeng cakap boleh buat niaga nih. Adik ngan ibu tiri aku pon cakap benda yang sama. Alah, buat yang nih pon aku dah nak patah pinggang, ni kan pulak buat niaga kan. huhu. #apepontakboleh.



Nih lah hasil nya. Dapat 2 balang tutup merah ngan tupperware bawah tu. Yang satu balang tu dah bungkus dalam plastik nak bagi kat future hasbengg katanya. haha


Siap sengek sengek lagi susun. haha. Biasa lah, orang tak biasa buat kueh raya memang tunggang langgang sikit susunannya. Alasan baek gitewww.



Pandangan dari atas tetap cantik. Nak jugak kan. haha

Tapi memang sedap lah aku buat. Menjadi laa. Thank you lah pada kakak yang share resepi tu. Besar pahala dia. Dapat ajar aku yang tak reti buat kueh ni. huhu
Tapi kan kalau nak lagi sedap, campur laa ngan kajang gajus hancur/badam. Aku just letak kismis je sebab tak jumpa carik gajus. Ataupon kalau rasa  malas nak hancurkan badam, letak laa kuaci ke. Uishhh sedapnya. And tak lupa jugak, kalau nak lebih cantik, last sekali sebelum bake tu tabur laa coklet rise atas dia. Baru cantik kaler kaler kan. Masa buat tu aku baru terpikir and carik coklat rise takde plak lam peti. huhu...

Pada sesiapa nak try rasa kueh aku buat boleh lah buat tempahan skunk ye. Lepas raya dah tak ambik dah. haha. Berangan je lebih padahal cornflakes madu je pon. Biasalah, orang tak biasa buat memang gebang lebih. Maafkanlah beliau.
Okay tengah pikir nak buat biskut raya ape plak lepas nih. Tiba tiba macam berminat pulak baking baking nih. hurmmm...






1 comment:

  1. Mmmm si debeb tu je lar yg dapat..kakak2 dia harem dpt jamahnyer..hempeh nyer Acu

    ReplyDelete