Monday, April 21, 2014

Pengisian masa lapang



Assalamualaikumm...
Cuaca skang panas kan. Panas dia bukan panas biasa, tapi membahang kata ko.
Kalau naik moto tu terasa macam terbakar kulit. Masa tu dalam hati dah 'alamak hitam dah aku', 'ni mesti muka dah burn ni..' haa macam macam lah. Dah nama pon pompuan kan.
Takut panas katanya. Puteri lilin sangat.
Aku nih pulak jenis yang tak suka nak tepek tepek benda kat muka.
Setakat bedak je sikit. Lagi lah muka nih cepat sunburn kan. Redha je laah.


Weekend aritu aku just duk umah je. Tak sehat sangat laa.
Asyik laa sakit aku nih. Lenguh lenguh badan. Aku syak ni mesti sebab aku tido atas tilam 1 malaysia ni.
Sape yang mangsa banjir mungkin tahu lah macamane keadaan tilam dia kan.
Lekuk habis. Kalau korang nak tahu tilam dia jenis yang tak de spring tu, kalau kita baring atas dia lelame tilam tu akan melekuk ikut bentuk badan kita. Sadis sangat. Dah nak buat camner kan, itu je yang ada.
Nak beli yang ada spring tak mampu, huhuuu....
Reti reti lah bersyukur. Ramai lagi orang susah kat luar sana. Gitewww.


So weekend aku duk umah mestilah keje aku masak je.
Eh aku suka je masak. Betul. Hobi aku adalah masak.
Sedap tak sedap tu belakang kira. Tapi tengok budak budak tu makan licin kira sedap la tu kan.
*puji diri sendiri tu penting...




Ni lauk aku tengahari tu. Ayam paprik. Sedap kan nampak? *matiklah puji diri sendiri lagiii..haha
Nampak tak punya lah tak sabar nak showoff, sampaikan dalam kuali lagi dah ambik gambar. Tak menyempat nak hidang. Gila ini pompuan. haha
Aku ada showoff kat wasap group femili, dan dan je sume kate lapar. Siap boleh cakap dah boleh kawin ni.
Huhuu...eskiusme, i memang dah lame dah boleh kawen ye. Cume takde yang datang minang je. huhuu sadis lagi. Letak kacang panjang je sebab carrot takde lam peti ais. Tomato ade tapi tak letak sebab aku tak makan tomato. Orang orang kat umah aku pon bukan penggemar tomato, so tak payah la letak. Membazior je nanti.


Petang semalamnya tu si gumuk ade bagi pelam masam, apa lagi buat colek lah. Dah lah aku nih memang da lame terliur nak makan colek pelam masam. Ade peluang memang tak tunggu lame huhuu..




Ni budu letak mangga. Makan ni dengan nasik puteh memang menambah nambah kate ko. Nak nak ade kuah singgang. Perggghhh memang terangkat. Pada yang tengah mengadung cek tak dapat nak nolong ye haha..




Ini lah dia colek cek mek molek. Amik kau sampai satu besen haa. Tahan sampai 3 hari cik jah oiii.
Kuah pencicah tu aku buat yang versi kicap punye. Belacan ngan cili padi kasik lenyek, letak gula sikit, pastu kicap. Kasik gaul dengan pelam baru sedap. Ikut tekak memasing laa. Ade yang suka cicah gitu je, tapi aku suka gaul pastu simpan dalam peti. Kasik kuah tu meresap dalam pelam baru terasa kan. huhuu.. 
Tapi ada yang suka colek cuka tu. Bahan sama cuma tukar kicap ngan cuka.
Sedap jugak yang tu, tapi yang tu cicah je kot dah sedap. Tak perlu gaul.




Okay sekian saja untuk hari ni. Tataa...



No comments:

Post a Comment